Gaya Hidup

Ini 9 Rahsia Bina Hubungan Suami Isteri Yang Serasi

Kredit foto:(iStock)

Kalimat “Saya cintakan awak hingga hujung nyawa’, tidak menjamin kebahagiaan berkekalan sampai akhir hayat. Banyak hal dan sudut yang perlu diisi agar kebahagiaan dalam perkahwinan dapat diraih bersama.

Ya, lumrahnya, pada awal perkahwinan semuanya manis dan indah belaka. Sayang sekali, selepas beberapa tahun hidup bersama, mulalah mempersoalkan kekurangan pasangan. Mulai berasa tidak serasi dengan pasangan dan masalah-masalah lain yang diungkit sebagai penyebab tiada keserasian untuk hidup bersama.

Padahal, perkahwinan bermakna kita telah bersedia mengharungi susah payah bersama. Menerima kelebihan dan kelemahan pasangan apa adanya.

“Entahlah, waktu bercinta, saya rasa dialah pasangan paling serasi. Saya gembira dan sangat bahagia apabila berada di sisinya, kami seolah-olah saling melengkapi. Saling memahami.

“Selepas beberapa bulan hidup bersama sebagai suami isteri, saya rasa hubungan kami macam kosong. Banyak hal yang kami gaduhkan, walaupun cuma isu remeh macam… dia tak letak pakaian kotor dalam bakul kain. Ataupun, dengan selamba tegur masakan saya yang tak kena dengan tekak dia.

“Berhari-hari diam dan buat hal sendiri. Saya rimas dengan keadaan hubungan kami, saya cuba faham diri dia. Tetapi dia tak pula buat hal sama. Nampaknya, macam saya saja yang berusaha nak bahagiakan rumah tangga kami.”

Baca: Hubungan: Bongkar 5 Rahsia Berkesan Kunci Hati Pasangan

Usaha dan bendung

Ya, tidak dinafikan manusia boleh berubah. Tetapi sebelum perubahan itu menjejaskan kebahagiaan rumah tangga anda, berusahalah dari awal untuk membendungnya.

Panduan berikut ini mungkin boleh membantu kita menerima pasangan seadanya. Sekali gua meraih bahagia dalam rumah tangga.

Baca: Curang: Bertemu Kekasih Lama, Istana Bahagia Musnah

  • Suami, dia ketua keluarga, Manakala isteri sebagai pembantunya . Sikap angkuh, sombong dan mementingkan diri sendiri boleh menimbulkan ketegangan serta persengketaan dalam rumah tangga. Jadi, hormati tanggungjawab masing-masing agar rumah tangga sentiasa harmoni.
  • Suami harus tahu dan faham dengan baik tanggungjawabnya kepada keluarga, usah sekali-kali mengabaikannya.
  • Benar, pertengkaran dalam rumahtangga memang perkara biasa, namun elakkan daripada menggunakan kata-kata yang boleh mengguris hati, mengancam atau menggugat perasaan pasangan.
  • Luahkan perasaan dan berbincang dalam keadaan tenang. Usah bersikap saling mencabar atau ego kerana ini boleh menggugat kedamaian ruamhtangga.
  • Jika berlaku pertengkaran, usah sekali-kali mengungkit kekurangan pasangan. Pasangan yang serasi bukanlah kerana mereka sempurna, tetapi saling berusaha melengkapi
  • Bersabar dan saling bertolak ansur boleh meredakan keadaan. Selain saling mengisi setiap sudut lopong dalam diri masing-masing dan sentiasa ingat, tanggungjawab dalam rumah tangga harus dikongsi bersama.
  • Rumah tangga bahagia memerlukan kerjasama, kasih sayang, pengorbanan dan saling memahami. Usaha ini harus berterusan agar cinta dan kasih sayang tidak kecundang di tengah jalan.
  • Setelah memilih dia sebagai pasangan hidup, sama ada suami mahu pun isteri, berusahalah menjaga cinta dan kasih sayang agar sentiasa segar dalam diri masing-masing.
  • Terima kekurangan suami atau isteri kita sebagai ‘kelebihan’ dan bersikap terbuka untuk memperbaiki diri demi kebahagiaan bersama.

Baca: Ini 7 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Hingga Ke Syurga

Paling utama, selalu ingat, kebahagiaan rumah tangga adalah hasil usaha bersama. Suami dan isteri adalah sebuah pasukan. Berat sama-sama dipikul, ringan sama-sama dijinjing.

Kebahagiaan dalam hidup tidak datang sekelip mata. Bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergoleh, yang pipih tidak datang melayang.

‘Teamwork’ adalah ciri utama kejayaan dan kebahagian hidup berumahtangga. Kerja berpasukan sangat penting, dengan cara ini kita dapat saling berkongsi maklumat, memberikan motivasi, serta membantu membuat keputusan yang lebih baik dalam semua hal.

Related posts
Gaya Hidup

Resipi Jeruk Binjai

Rasanya yang masam, manis, pedas dan sedikit kenyal memang menambat selera. Jeruk memang ramai…
Read more
Gaya Hidup

“Tanpa Suami, Kami Masih Mampu Hidup!”

Dalam rancaknya dunia mengejar semua ke hadapan, pun masih ada segelintir yang bersikap dan…
Read more
Gaya Hidup

Manfaat Detok Untuk Kesihatan Badan

Mengapa tubuh memerlukan proses detok (détoksifikasi) – penyingkiran racun atau toksin…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *