Inspirasi

Ana Balqis Menulis: Teruja Jadi Penyelamat?

Kes 1

Nisha (20-an akhir) ditinggal teman lelaki. Tiada kata yang boleh menggambarkan kekecewaan. Tiada lagi warna untuk melukis duka.

Pendek kata, luka seluka-lukanya.

Lama mengusung duka ke hulu ke hilir. Balik kerja memerap dalam bilik. Makan minum tidak lagi penting. Hari minggu atau hari bekerja, sama. 

Keluarga atau sahabat handai depan matapun dia tidak nampak. Yang besar dalam kepala dalam hati – lukanya. Kecewanya.

Dia mahu siapa sahaja yang ada di sekelilingnya faham, dia sedang terluka. Hatinya sensitif. Jiwanya rapuh. Bahasa orang sekarang, kecewa teruk.

Tidak lama selepas peristiwa bertapa itu, Nisha bertemu dengan Amin yang kebetulan sedang mencari calon isteri. 

Tanpa cintan-cintun, Amin memberitahu hasratnya dan Nisha menerima.

Mereka menikah. Setahun kemudian, dapat anak perempuan comel.

Bahasa drama sebut, bahagia hingga hujung nyawa. 

Baca: Ego Seorang Lelaki Simple

Kes 2

Redza 40-an. Kerjaya baik. Bujang patah hati. Senang sendiri.

Sejak lama, sudah ramai perempuan mencuba jadi misi hati namun tidak diendahkan. Tetapi setelah Mila masuk kerja di tempatnya, Redza katakan hatinya terbuka untuk beristeri. Mila perempuan awal 30-an, berjawatan baik dan menarik.

Selepas beberapa adegan belanja makan dan pikat-memikat, mereka menikah.

Beberapa tahun, Redza kembali bertemu mantan pujaan hatinya yang kebetulan baharu kematian suami.

Simpati dan kerana mantan itu tidak pernah hilang dari hati menyebabkan mereka kembali berhubungan. Cerita demi cerita bertukar.

Ketika tahu perkahwinan si mantan itu untuk membahagiakan keluarga, Redza seolah-olah tidak reda dengan perkahwinanya hanya kerana agama membenarkan lelaki berkahwin lebih dari satu dalam satu masa.

Kalian teruja meneka, bukan? 

Teruja Jadi Penyelamat?

Baca: 5 Sebab Gagal Lepaskan Cinta Lama Dan Move On

Dua kes di atas contoh untuk mudah memahami tulisan ini. Dari dua kes ini dapat disimpulkan begini; sedalam manapun luka perempuan tetapi andai dia bertemu lelaki yang pandai mengambil hati, penyayang dan bertanggungjawab, dia terlupa pernah terluka.

Apalagi jika telah ada anak. Kisah lama hilang bersama berlalunya waktu. Jarang kedapatan perempuan curang jika nuasa dalam rumah tangga mereka membahagiakan. Tidak keterlaluan jika dikatakan, perempuan akan setia selama-lamanya.

Mungkin ada pula yang kata, ‘melambak isteri curang sekarang padahal suami baikpun.’

Ya, itu tidak dinafikan tetapi kena tengok pula ‘punca’ kecurangan itu.

Selalunya, kecurangan itu bukan sebab perempuan itu pernah kecewa melainkan kerana lelakinya mengkhianati dia.

Namun lain pula halnya dengan lelaki yang pernah dikecewakan. Sepertinya luka itu tidak pernah sembuh. 

Baca: Perlukah Simpan Sakit Hati Sampai Mati?

Penyelamat

Maaf cakap, perempuan yang masuk ke hidup lelaki begitu perlu bertarung  dengan takdir. Jika lelaki gagal melupakan masa lalu bererti pihak perempuan ada dua pilihan.

Berjuang mempertahankan hubungan mereka atau mencari kehidupan lebih aman justeru berebut kasih dengan masa lalu manusia yang tidak mahu melepaskan kenangan itu lebih sukar dari memupuk kasih bersama lelaki baharu dikenal tetapi hatinya tidak diikat bergudang nostalgia manis. 

Oleh itu, jangan teruja menjadi perawat luka orang tatkala hati terpaut atau simpati. Lebih-lebih lagi jika hati lelaki yang ingin dijadikan imam itu pernah ada makmum lain dalam hatinya dan makmum baharu tidak tahu rupa sebenar hati atau memori kolektif imamnya.

AB : Buat kajian lebih sikit sebelum memilih iman atau ketika hati memutuskan untuk jadi dewi penyelamat. Ambil masa untuk fikirkan buruk baik dan percayalah, kalian tidak rugi apa-apa jika tidak menjadi makmun kepada imam yang tidak dapat khusyuk dalam hidup berkeluarga. Fikirkan.

Teruja Jadi Penyelalamat?

ANA BALQIS (AB):

  • Berpengalaman luas dalam bidang penulisan.
  • Beliau menulis di dalam beberapa genre kesusasteraan, seperti; cerpen, novel, puisi, drama (pentas & tv).
  • Pensyarah di Universiti Malaya dalam bidang MEDIA DAN KOMUNIKASI. 


Related posts
Inspirasi

Ramadan Di Rantau Orang, Ini Kelebihan Berpuasa Di Luar Negara

Penulis: Khairolizam Muhaidi Tidak dinafikan bahawa bulan Ramadan akan membuatkan percikan rindu…
Read more
Inspirasi

7 Kata-kata Emas Dan Motivasi Jack Ma Kepada Anak Muda

Jack Ma dan kata-katanya. Tidak pernah berhenti memukau. Setiap butir kata lelaki terkaya China ini…
Read more
Inspirasi

Ego Seorang Lelaki Simple

“Tidak mudah mengalah, tidak boleh dipijak henyak. Kita bangsa degil yang tak mudah mengalah.
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *