Gaya Hidup

Ini 7 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Hingga Ke Syurga

Gambar sekadar hiasan.

Pernah berasa cemburu melihat pasangan suami isteri yang telah bertahun hidup bersama masih kelihatan romantik?  Ke mana-mana sahaja selalu bersama. Kalah pengantin baharu, melekat macam belangkas.

Ya, bagi pasangan suami isteri, hubungan yang mesra, penuh kasih  sayang dan saling melengkapi amat penting untuk rumah tangga kekal bahagia dan harmoni. Tetapi apa rahsia rumah tangga bahagia hingga ke syurga? Pasti ramai ingin tahu, bukan. Baik, ini 7 rahsia rumah tangga bahagia hingga ke Syurga yang boleh diamalkan bersama.

Bagaimana caranya supaya cinta kekal membara dalam hati anda dan pasangan? Ini 7 rahsia cinta kekal awet muda hingga ke Syurga abadi.

1. Secara fizikalnya, ciuman, dakapan atau hanya sekadar berpegangan tangan boleh mengeratkan hubungan hubungan. Dari segi emosi, memberi pujian pada waktu tertentu akan membuat seseorang itu berasa diperlukan dan dihargai.

Pujian yang tepat pada waktunya adalah satu daripada dorongan kepada seseorang untuk memberikan yang terbaik. Misalnya, lebih menyayangi dan menghormati.

Jadi, sebagai suami isteri, melakukan semua perkara di atas adalah antara cara sedehana yang boleh diamalkan dalam kehidupan berumahtangga supaya cinta tetap segar dan bahagia hingga ke hujung usia.

Mengapa perlu malu dan segan? Dia adalah pasangan anda yang halal. Kalian bebas untuk membelai, memberi kucupan, dakapan (pastinya tanpa dilihat anak-anak, ya) atau senyuman ketika bersama. 

Ciuman yang diberi suami mahupun isteri ketika hendak keluar atau pulang ke rumah kesannya boleh melegakan hati. Pelakukan ini memberi tanda kerelaan, penerimaan, doa dan isyarat kesetiaan.

2. Membantu pasangan melakukan rutin dan tanggungjawab hariannya boleh mengeratkan hubungan suami isteri. Ini sekali gus membuat anda lebih memahami tugas pasangan,  selain mampu mewujudkan perasaan empati yang lebih baik. Misalnya, “Barulah Abang tahu, bukan senang nak masak Kari Ayam dan Sambal Belacan. Selama ni cuma tahu makan saja.”  Percayalah, pasti isteri anda akan senyum lebar dan senang hati.

Cinta kekal awet muda. Baca: Cabaran 30 Hari Eratkan Hubungan Suami Isteri

3. Berilah kejutan istimewa. Misalnya menghadiahi isteri sejambak bunga atau dompet idaman kepada suami. Cara ini mempunyai pengaruh cukup besar untuk menyemai rasa cinta dan sayang. Apatah lagi jika diberi pada waktu tepat dan hadiah yang sesuai (diperlukan). Saiz atau harga bukan ukuran. Paling utama dapat menzahirkan kasih juga cinta anda sebagai pasangan suami isteri.

Teruskan bacaan anda lebih lanjut. Ini 7 rahsia rumah tangga bahagia hingga ke Syurga .

Ini 7 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Hingga Ke Syurga
Gambar sekadar hiasan.

Bahagia tidak datang bergolek dalam hati. Ia memerlukan usaha dan kerjasama berterusan. Selain doa, amalkan rahsia berikut ini;

4. Kata orang tua-tua, dari mata turun ke hati. Jaga penampilan diri ketika bersama pasangan. Sesekali, tampil bergaya istimewa dan ajak pasangan keluar berdua. Bawa pasangan menonton wayang, persembahan teater atau konsert. Atau makan malam di restoran yang pertama kali dikunjungi bersama di awal perkenalan dahulu. Aduhai… Sungguh menggamit memori.

5. Biasanya, pasangan bahagia selalu ingin berkongsi keinginan dan impian. Jadi, cari masa duduk santai dan berbual bersama pasangan mengenai harapannya. Tetapi ingat, jangan sekali-kali meremehkan kata-kata pasangan. Beri sokongan dan tunjukkan minat untuk terus mendengar.

6. Hargai kepercayaan dan kesetiaan pasangan. Pengkhianatan daripada  orang yang dicintai sangat menyakitkan. Jika ada masalah dalam hubungan, berterus-terang dan saling berbincang untuk mencapai penyelesaian.

7. Doa adalah senjata untuk semua usaha kita. Maka itu, setiap hari usah culas berdoalah supaya hubungan anda dan pasangan dilindungi daripada sebarang masalah yang boleh menggugat perasaan cinta dalam hati masing-masing. Kita telah  pun berusaha, tetapi tetap Tuhan jugalah sebaik-sebaik Pelindung serta Penyelamat rumah tangga.

Bahagia pasti menjadi milik bersama jika saling berusaha menjaganya. Tanpa kerjasama suami dan isteri, tidak mungkin sesebuah perkahwinan dapat kekal bahagia. Anda berusaha dan nikmatilah hasilnya. Pada masa sama, mohon keberkatan dan keredhaan Tuhan. Yakinlah, tiada doa dan usaha yang sia-sia.

Selamat berbahagia.

Related posts
Gaya Hidup

3 Rahsia Kekal Cantik & Awet Muda

Bayangkan usia anda 20-an, tetapi ada yang panggil “Kakak”. Sentap, bukan! Mood ceria…
Read more
Gaya Hidup

5 Cara Bagaimana Tampil Bergaya Dengan Palazzo Polos

Penampilan sederhana tetapi penuh pesona. Istimewa Palazzo polos, menyuntik gaya moden, sopan dan…
Read more
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *