Gaya Hidup

Tip: Pilih Coli Sesuai Elak Payudara Sakit

Coli atau bra bukan hanya sekadar pakaian dalam bagi wanita. Tujuan utamanya untuk menyokong dan melindungi payudara. 

Mengapa perlu pilih coli yang sesuai?

Ya, coli (bra) mestilah betul-betul sesuai (tepat) ukurannya supaya dapat mengelakan masalah lain pada tubuh anda. Salah memilih coli boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit pada tubuh khususnya payudara.

Pilih coli sesuai bermaksud, tidak boleh terlalu ketat atau terlalu longgar. Jika terlalu longgar, menyebabkan payudara tidak dapat disangga dengan baik dan ini boleh mempengaruhi ukuran serta bentuk payudara itu sendiri.

Jika pakaian dalam terlalu ketat, akan menyebabkan sakit pada bahagian dada serta belakang badan.

Selain itu, salah memilih coli juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada payudara.

Tip Pilih Coli Elak Payudara Sakit

Ini biasanya sering dialami mereka yang memakai coli terlalu ketat. Jadi, ketika memilih coli pastikan kulit dan payudara masih boleh bernafas.

Kredit Foto” Foto: seabreezeclothing.com

Rasa tidak selesa pada bahagian belakang badan juga sering kali dialami mereka yang salah memilih coli. Rasa nyeri ini kerap datang terutama pada waktu malam hari atau ketika cuaca sejuk.

5 Cara Bagaimana Tampil Bergaya Dengan Palazzo Polos

Jadi, agar bentuk payudara tetap sihat, anjal dan cantik, pastikan anda pilih coli sesuai agar dapat menyangga payudara dengan selesa.

Ketika memilih ukuran coli, pastikan kedudukannya tepat di antara lingkaran dada dan bentuk payudara.

Bagaimana kita tahu pakaian dalam itu sesuai atau tidak untuk tubuh?

Tanda paling mudah anda salah pilih coli, apabila kedua-dua belah tangan diangkat, mangkuk coli terkeluar dari kawasan payudara.

Itulah sebabnya mengapa anda perlu mencuba pakaian dalam itu dahulu sebelum membelinya.

Cuba dengan teliti hingga puas hati. Pastikan anda berasa selesa denghan kedudukan dan lingkaran tali coli pada tubuh.

Ingat, salah pilih coli, payudara anda ‘terseksa’!

Related posts
Gaya Hidup

12 Cara Kulit Muka Kusam Kembali Berseri

Bahagia rasanya jika ada yang memuji wajah kelihatan muda daripada usia sebenar. Sayangnya, ada…
Read more
Gaya Hidup

7 Diet Seimbang Elak Stres

Menjaga dan mengamakan diet seimbang dapat membantu menghindari diri daripada stres. Stres…
Read more
Gaya Hidup

Anak Kerap Tantrum? 5 Cara Elak Anak Mengamuk

Cuba menenangkan anak yang sedang menjerit dan mengamuk tanpa henti bukan mudah. Anak yang…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *