Gaya Hidup

5 Khasiat Susu Badam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Kredit foto: chooseveg.com

Tak kenal, maka tak cinta. Sekali rasa, mesti hendak lagi. Memang berhantu betul susu badam ini.

Pertama kali minum susu badam, terus jatuh cinta. Rasanya lemak berkrim. Tidak memuakkan. Selain sedap diminum begitu saja, tersimpan 5 khasiat terbaik susu badam yang sangat menguntungkan bagi penggemarnya. 

Jika anda penggemar susu badam, ini berita baik buat anda untuk terus mengamalkan minuman berkhasiat ini dalam rutin harian.

Mengapa?

Ya… Disebalik keenakannya, susu badam (Almond Milk) kaya akan zat dan nutrisi yang baik untuk tubuh. 

Teruskan bacaan anda. Kami akan kongsikan 5 khasiat terbaik untuk penggemar susu badam. 

Menurut pakar pemakanan dan Nutrisi di Cleveland Clinic’s Wellness Institute, Kristin Kirkpatrick, susu badam mempunyai 50 peratus kandungan lemak lebih rendah berbanding susu lembu.

Susu yang bersumber daripada tumbuh-tumbuhan ini tidak mengandungi kolesterol. Jadi, mereka yang sedang diet boleh minum susu ini tanpa risau badan akan gemuk.

Dari segi kesihatan tubuh, rutin minum susu badam ini membantu menjaga kesihatan jantung, menurunkan berat badan, mengurangi risiko diabetes dan selamat dikonsumsi individu yang menghidap intoleransi laktosa. 

Susu badam juga baik untuk merawat kulit tubuh dan wajah. Kandungan vitamin E dalam susu ini berkesan menutrisi sekali gus merawat kulit.

Jadinya, jika anda menggemari dan rutin mengamalkan minuman sihat ini, memang beruntung! Anda telah memberi 5 khasiat yang sangat baik pada kesihatan tubuh, pada masa sama menikmati manfaat kecantikan berikut ini;-

“Saya menjauhi susu dan minum susu badam sekarang. Dan saya juga mendapati makan sarapan membantu saya tetap sihat.”- Hayley Williams


Ini 5 Khasiat Susu Badam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Anda

1. Mencerahkan kulit

Susu badam diperkaya dengan flavonoids, catechin, dan epicatechin yang bermanfaat untuk membantu mencegah terbentuknya sel kulit mati terus tumbuh dan menumpuk di lapisan teratas kulit. Jika anda amalkan minum susu badam secara rutin, akan membantu melambatkan pertumbuhan sel kulit mati sekali gus memberi kesan cerah pada kulit wajah.

2. Mengawal minyak berlebihan

Biasanya, beberapa jenis masalah kulit muka seperti jerawat dan bintik hitam (atau putih) terjadi kerana berlaku pengeluaran minyak berlebihan yang menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dek kotoran dan debu. Dengan mengamalkan minum susu badam secara rutin, dapat mengawal pengeluaran minyak pada kulit muka.

Tip: Amalkan Diet Seimbang Ini Untuk Elak Stres

3. Mencegah penuaan

Susu badam mengandungi vitamin E yang tinggi dan ini dapat mencukupi keperluann nutrisi kulit. Tambahan lagi, susu yang kaya antioksidan ini membantu melawan kesan buruk radikal bebas. Minyak di dalam vitamin E mendorong pengeluaran kolagen, ini membantu kulit tetap anjal. Selain itu, dengan menjadikan pupur muka sebagai rutin perawatan wajah mampu membawa manfaat besar tidak kira kepada wanita ataupun lelaki.  Antaranya, proses penggantian kulit menjadi lebih cepat.

4. Pelembap semula jadi

Susu badam juga boleh dijadikan sebagai bahan asas penjagaan kulit. Cara melembapkan kulit, rendam kapas muka di dalam bekas berisi susu badam. Rendam sepenuhnya, kemudian perah sehingga kering. Selepas itu, tampal dan biarkan 10 minit. Atau sapukan kapas pada kulit muka hingga susu meresap sempurna pada kulit. Lakukan secara rutin untuk mendapat kulit  lembap hasil kandungan riboflavin yang membantu meningkatkan produksi niacinamide.

5 Khasiat Terbaik Untuk Penggemar Susu Badam
Badam sebagai bahan utama skrub kulit badan 1 daripada 5 Khasiat Terbaik Untuk Penggemar Susu Badam. 
Kredit foto: woodlandfoods.com

5. Mengatasi kulit terbakar

Bagi anda yang sering melakukan aktiviti di luar bangunan, sinar matahari boleh menjadikan kulit terbakar atau sunburn.  Jika masalah ini terjadi, anda boleh meredakannya dengan cara mengoles susu badam pada kulit yang terbakar secara rutin selepas mandi. Kandungan vitamin E yang ada dalam susu ini dapat membantu masalah kerosakan kulit yang terbakar.

Selain berkhasiat untuk merawat kulit wajah, susu badam boleh digunakan sebagai bahan utama untuk penjagaan dan merawat kulit tubuh khususnya ketika mandi (mandi susu atau skrub badan).

Mengamalkan rutin skrub badan akan membuat kulit badan lebih bersih, lembut, lembap dan cerah berseri. Paling istimewa, memberi kesan anjal pada kulit.

Menarik, bukan. Jadi, sebagai penggemar susu badam, jangan abaikan 5 khasiat hebat ini, ya.

Related posts
Gaya Hidup

Rendang Ayam Senang, Sedap & Cepat

Rendang Ayam cukup popular sejak berzaman lamanya. Juadah yang menjadi kegemaran ramai tidak kira…
Read more
Gaya Hidup

Pesona: 6 Jenis Bedak Asas Mesti Ada Syawal Ini

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, zaman ini tiada seorang perempuan yang berani keluar rumah tanpa…
Read more
Gaya Hidup

8 Manfaat Makan Pisang Setiap Hari

Murah, mudah didapati di mana-mana dan mengandungi nutrisi penting. Ya, buah-buahan tempatan memang…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *