Gaya Hidup

Ini 7 Keresahan Lelaki Mengenai Alat Kelamin

Foto: blog.cort.com

Jangan terkejut, lelaki juga tidak terkecuali daripada mempunyai keresahan dan ketakutannya sendiri mengenai alat kelamin.

Lumrah, hubungan kelamin pasangan suami isteri tidak selalunya romantik, menyeronokan dan berjalan seperti diingini. Tetap ada beberapa keresahan yang timbul memberi kesan kepada emosi.

Pernahkah anda (baca; lelaki) merenung dirinya di depan cermin? Kelihatan perut yang mulai ‘menggunung’?. Kemudian mengeluh, berat sungguh desahan nafas anda ketika itu. 

Anda lihat pula ke arah isteri yang nyenyak tidur di atas tilam empuk, mungkin sedang dibuai mimpi.  “Malam minggu yang membosankan!” Begitu kata hati kecil anda.

#Dikemaskini

Apakah agaknya kebimbangan lelaki mengenai alat kelamin?

Berikut ini beberapa ketidakpuasan hati lelaki mengenai alat kelamin yang membuat mereka sering tidak tidur lena,  antaranya:

1. Ejakulasi awal
Menurut beberapa kajian, lebih 60 peratus kes lelaki menghadapi masalah ejakulasi awal khususnya di bawah usia 40 tahun. 

Ejakulasi awal ini boleh terjadi kerana dua faktor, kebiasaan melakukan onani dan serotonin dalam tubuh menurun ( faktor usia).

2. Nafsu besar, kurang tenaga
Walaupun ghairah meluap-luap, sayang sekali alat kelamin masih ‘tidur’. Ini mungkin disebabkan anda baru sahaja makan.

Selepas makan, bekalan darah pada bahagian alat kelamin berkurangan kerana perlu  mencerna makanan. Maka, alat kelamin sukar memberi tindak balas. 

Jadi, jika mahu melakukan hubungan kelamin, berehatlah sekurang-kurangnya dua jam (selepas makan). 

Ini 7 Keresahan Lelaki Mengenai Seks Dan Cara Mengatasinya
Selepas makan, bekalan darah pada bahagian alat kelamin berkurangan kerana perlu mencerna makanan. Maka, alat kelamin sukar memberi tindak balas. – (StockNZME)

Faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan pembedahan daerah pinggul juga boleh menjadi punca masalah ini berlaku.

3. Alat kelamin mengecil?
Ada segelintir lelaki  mengeluh kerana berasa alat kelamin nya mengecil. Betulkah keadaan ini boleh terjadi? 

Perut yang membesar (buncit), menyebabkan alat kelamin kelihatan mengecil. 

Jadi, janganlah biarkan perut anda buncit. Kegemukan juga boleh menyebabkan pengeluaran hormon testosteron menurun hingga membuat ghairah merundum atau tindak balas tidak bertahan lama.

4. Tiada tindak balas
Ini satu lagi masalah yang biasa dialami (dan dianggap menakutkan) bagi lelaki adalah alat kelamin tidak  bertindak balas waktu pagi. 

Baca juga: Cabaran 30 Hari Eratkan Hubungan Suami Isteri

Secara semula jadi, setelah semalaman berehat, hormon testosteron akan meningkat pada waktu pagi. Jika masalah ini terjadi, segera dapatkan nasihat doktor.

5. Waswas
Ada segelintir lelaki kurang yakin mampu memberi kepuasan kepada pasangannya. Satu daripada penyebabnya kerana berasa alat kelaminnya terlalu kecil. 

Banyak kajian membuktikan bahawa ukuran bukanlah masalah. Jadi, usahlah waswas dengan kemampuan anda untuk memberi kepuasan sebenar kepada pasangaan.

6. Tiada tindak balas kedua
Kesulitan alat kelamin memberi tindak balas untuk kedua kali (ketika bersama pasangan) sering membuat lelaki kecewa. 

Sebenarnya, melakukan hubungan kelamin berkali-kali dalam sehari tidak disarankan. Asalkan hasil aktivitu itu berkualiti, memadainya melakukannya sekali atau dua kali dalam seminggu. 

Apatah lagi jika merancang tambah anak, sebaiknya tunggu sehingga sperma menjadi matang. Proses kematangan sperma memerlukan 60-75 jam.

7. Malas dan tidak terangsang

Bagi pasangan pengantin baru, isteri mungkin kurang terangsang. Keadaan ini berlaku mungkin kerana dia tidak tahu cara tepat untuk membangkitkan ghairah suaminya. 

Sementara untuk pasangan yang telah lama menikah, rasa malas timbul mungkin kerana penat atau tekanan. 

Related posts
Gaya Hidup

Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry&#8216…
Read more
Gaya Hidup

Gaya Biru Yang Memukau & Tersendiri

Bosan menyarung busana warna natural? Jika ya, apa kata cuba pilihan persalinan biru. Pastinya gaya…
Read more
Gaya Hidup

Ketupat Daun Palas Resipi Mak

Masuk tahun ke-2 kita bakal berhari raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tidak dinafikan…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *