Gaya Hidup

Pergi Bercuti: Tolong Jangan Abaikan 11 Hal Ini

Foto: shop.mochithings.com

Seronoknya dapat pergi bercuti. Sama ada bersama keluarga atau teman rapat (senang cakap, sekepala), tiada siapa pun akan melepaskan peluang ini.

Bercuti bukan saja satu daripada cara untuk menenangkan fikiran. Pada masa sama membantu  kita untuk dapat idea, ilmu dan pengalaman baru.

Sebab itu ramai juga yang buat sesi brainstorming sambil bercuti. Kata orang, sambil menyelam minum air. Hasilnya memang terbaik!

#Dikemaskini

Tolong Jangan Abaikan 11 Hal Ini

Baca juga: Penginapan Selesa Dan Mempesona Di Bagasta Boutique Hotel

Teruja hendak pergi bercuti? Sebelum itu pastikan kita ambil kira 11 perkara berikut ini ketika merancang percutian.

  1. Pilih beg yang sesuai dan mudah untuk menyimpan barang secara praktikal. Jika boleh, tidak perlu bawa beg terlalu besar.
  2. Gulung dan susun pakaian dalam beg. Selain dapat menjimatkan ruang, boleh mengurangkan kedutan pada baju. Pakaian jenis kapas yang ringan dan nipis, boleh menggulungnya sekecil mungkin. 
  3. Letak barang yang berat di bahagian bawah beg supaya dapat menampung beban dan beg lebih seimbang. Jika bawa barang seperti komputer riba atau kamera, letakkan ke dalam bekas tahan lasak sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian. 
  4. Masukkan kelengkapan peribadi seperti syampu, sabun, tuala dan ubat gigi, di dalam botol bersaiz kecil. Ini dapat menjimatkan ruang di dalam beg. 
  5. Jika bercuti di pulau atau kawasan pantai, sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya dapat diasingkan daripada pakaian bersih. 
  6. Barang penting seperti dompet atau pasport diletakkan dalam beg kecil (berasingan) untuk memudahkan kita mengambilnya apabila diperlukan. Jadi, kita tidak perlu selongkar beg pakaian dan keluarkan barangan lain. 
  7. Jika bawa kasut lebih, bungkus di dalam plastik  untuk jimatkan ruang. Apabila membawa bantal, bawalah bantal tiup yang ringan dan praktikal. 
  8. Pakaian yang mempunyai ruang penyimpanan yang banyak seperti jaket dan seluar jean sesuai ketika pergi bercuti.
  9. Pemilihan pakaian yang sesuai ketika bercuti perlu dititikberatkan. Selain cuaca, pertimbangkan perubahan musim di tempat yang ingin dikunjungi. Bagi aktiviti mengembara di dalam hutan, kasut yang sesuai perlu disediakan untuk melindungi kaki selain sebagai langkah keselamatan. 
  10. Pakaian yang mudah disuai padan, ringan dan cepat kering boleh mengurangkan beban berat beg dan kita tidak perlu heret beg besar. Tetapi jika hendak bercuti ke luar negara pada musim sejuk, jangan sekali-kali abaikan baju sejuk kerana sungguhpun tebal dan berat, tetap keperluan utama.
  11. Jangan membazirkan wang beli baju baru -persediaan bercuti. Kita mungkin ‘jatuh cinta’ dan beli banyak pakaian baru ketika bercuti.
Related posts
Gaya Hidup

12 Cara Kulit Muka Kusam Kembali Berseri

Bahagia rasanya jika ada yang memuji wajah kelihatan muda daripada usia sebenar. Sayangnya, ada…
Read more
Gaya Hidup

7 Diet Seimbang Elak Stres

Menjaga dan mengamakan diet seimbang dapat membantu menghindari diri daripada stres. Stres…
Read more
Gaya Hidup

Anak Kerap Tantrum? 5 Cara Elak Anak Mengamuk

Cuba menenangkan anak yang sedang menjerit dan mengamuk tanpa henti bukan mudah. Anak yang…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *