Gaya Hidup

4 Rahsia Rumah Kemas & Bersih Hanya 15 Minit

Kredit foto: kluje.com

Tempat tinggal yang bersih pastinya membuat siapa sahaja berasa selesa dan nyaman. Sebab itulah perlu ada ’sesi’ membersihkan rumah. Paling tidak, sekali seminggu.

Sayangnya, ada segelintir orang berasa berat melakukannya kerana beberapa sebab seperti waktu dan kesibukan. Mahu tahu rahsia rumah kemas, bersih dan selesa dalam masa hanya 15 minit?

Ya, anda mampu membuat rumah kelihatan rapi dan tersusun. Kerja merapikannya boleh dilakukan dengan perasaan santai, gembira dan paling penting tidak memerlukan waktu lama. Jimat masa juga tenaga, kerja semua menjadi mudah dan tersusun rapi.

#Dikemaskini

Jom bongkar 4 rahsia rumah kemas dan bersih hanya 15 minit

Kredit foto: kluje.com

1. Kemas tempat tidur

Selepas bangun pagi, sebelum meneruskan aktiviti lain usahakan untuk kemas tempat tidur. Jangan tinggalkan tempat tidur dalam keadaan bersepah dan tidak terurus.

Bersihkan tempat tidur secara rutin hingga anda tidak akan berasa sudah dan terpaksa kerana sudah terbiasa. Seluruh rumah juga nampak bersih apabila bilik tidur berada dalam keadaan rapi dan kemas.

2. Letak di tempatnya

Jika anda nampak barang yang diperlukan tidak berada di tempatnya segera ambil dan susun seperti sebelumnya. Lakukan ini secara rutin,  kebiasaan ini membuat anda  tidak perlu menghabiskan masa lama untuk membersih dan mengemas rumah.

Cari hotel selesa dan bajet murah? Penginapan Selesa Dan Mempesona Di Bagasta Boutique Hotel

3. Klasifikasikan barang

Bagi memudahkan kerja mengemas dan menyimpan, sangat disarankan untuk meletakkan barang berdasarkan jenisnya. Misalnya kerongsang, jam tangan, atau hijab. Ini juga akan memudahkan apabila mahu memakainya.

4. Buka jendela

Biarkan udara di dalam rumah beredar dengan sempurna. Rumah yang sejuk akan rasa bersih dan nyaman.

Barang yang disusun rapi dan  udara yang segar akan membuat siapa sahaja berasa betah. Semoga informasi ini bermanfaat dan dapat membantu anda dalam mengemas rumah dalam masa singkat.

Bagaimana? Mudah bukan kerja kemas dan bersih kan rumah? Asalkan tahu cara yang betul, boleh menjimatkan masa juga tenaga. Selamat mencuba.

Related posts
Gaya Hidup

Resipi Jeruk Binjai

Rasanya yang masam, manis, pedas dan sedikit kenyal memang menambat selera. Jeruk memang ramai…
Read more
Gaya Hidup

“Tanpa Suami, Kami Masih Mampu Hidup!”

Dalam rancaknya dunia mengejar semua ke hadapan, pun masih ada segelintir yang bersikap dan…
Read more
Gaya Hidup

Manfaat Detok Untuk Kesihatan Badan

Mengapa tubuh memerlukan proses detok (détoksifikasi) – penyingkiran racun atau toksin…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Gaya Hidup

Selesa Dan Mempesona Di Bagasta Boutique Hotel

Worth reading...