Oleh: Irfan Abdul
Anda mungkin tahu mengenai kisah yang hangat diperkatakan, perihal seorang pelajar tular apabila menyiarkan kisahnya menjawab peperiksaan atas talian di atas pokok dek masalah jaringan Internet.
Tidak perlu saya sebutkan namnya, pasti berita yang tular itu masih segar di fikiran anda. Seiring dengan itu, nama Pitas juga sering menjadi buah mulut, namun tahukah anda di mana terletaknya tempat tersebut dan apa yang terdapat di sana?
Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai tentang keunikan dan keindahan bumi Tuhan di Sabah yang dinamakan daerah Pitas.
Berada di bahagian utara kepulauan Borneo atau lebih simbolik dengan gelaran tanduk Borneo, daerah ini terletak 195KM dari Bandaraya Kota Kinabalu.
Perjalanan ke sini dari Kota Kinabalu akan mengambil masa lebih kurang tiga (3) jam.
Daerah Pitas mempunyai keluasan 141,935 hektar dan topografinya berbukit-bukau dan tanah landai (sumber: Pejabat Daerah Pitas).
Tahukah anda, daerah ini mempunyai keindahan alam yang amat menakjubkan?
Dari pantai yang cantik dan amat mempersonakan dengan keindahan mahatahari terbenam hinggalah ke bukit-bukit yang menghijau menjadi igauan penggemar sukan pendakian dan pencinta alam sekitar.
Semestinya daerah Pitas perlu menjadi salah satu destinasi yang perlu dikunjungi jika anda ke negeri Sabah.
Rumah Botol Jadi Daya Tarikan Kampung Penarik
Pitas, permata Sabah yang kian berkilau
Ada apa di Pitas?
Mari saya kongsikan gambar keindahan daerah Pitas. Semua gambar ini adalah koleksi peribadi saya.
Jika anda pencinta keindahan alam sekitar, jom kongsikan keindahan Pitas ini.
Semoga daerah Pitas akan terus maju dan indah. Jom, sebarkan!
Senarai tarikan yang terdapat di Daerah Pitas:
Pantai/ Matahari terbenam
1. Dataran Bengkoka
2. Pantai Torungguh
3. Pantai Keramat
4. Kampung Rosob
5. Kampung Pinggan-Pinggan
6. Pitas Bayview
7. Kampung Kasagaan
8. Tanjung Senimpul
9. Pulau Supirak
10. Floating Coral Bay
Pengalaman Mengujakan Tangkap Ketam Nipah Di Kampung Sungai Mulia
Bukit
1. Bukit Piniapat
2. Bukit Morovidu
3. Bukit Bagang View
4. Bukit Tudturan
Tarikan Lain
1. Pitas Mangrove @ Rosob
2. Tamu Bengkoka (Rabu sahaja)
3. Bagang (Tempat menangkap Ikan bilis)
Selain dari tempat menarik di atas, anda juga mesti membeli hasil laut segar dan berkualiti tinggi yang banyak dijual di gerai-gerai jualan di sekitar daerah Pitas.
Ikan Bilis antara yang wajib dicuba yang memang popular sebagai Ikan Bilis kualiti terbaik!
Cadangan perjalanan;
1 hari (day trip)
Bertolak dari Kota Kinabalu (KK) jam 6 pagi (tiba di Pitas: lebih kurang 9 pagi)
1. Bukit Piniapat (RM2)
2. Bukit Morovidu (Percuma)
3. Pitas Mangrove @ Rosob (Percuma)
4. Pantai Keramat (Percuma)
5. Membeli buah tangan di gerai-gerai tepi jalan di Kampung Mempakad Laut
6. Pitas Baywview (Percuma)
7. Sunset @ Dataran Bengkoka (Percuma)
8. Dinner @ Dataran Bengkoka
Bertolak pulang ke Ke Kota Kinabalu
Dua hari:
Hari Pertama;
Bertolak dari KK jam 6 pagi (tiba di Pitas: lebih kurang 9 pagi)
1. Bukit Piniapat (RM2)
2. Bukit Morovidu (Percuma)
3. Pitas Mangrove @ Rosob (Percuma)
4. Pantai Keramat (Percuma)
5. Membeli buah tangan di gerai-gerai tepi jalan di Kampung Mempakad Laut
6. Pitas Baywview (Percuma)
7. Sunset @ Dataran Bengkoka (Percuma)
8. Dinner @ Dataran Bengkoka
9. Bermalam di Indah Chalet @Dataran Bengkoka
Hari Kedua
1. Bertolak ke Kampung Malubang
2. Dari Jeti menaiki bot ke Pulau Supirak dan Pulau-Pulau sekitar/ Pitas Coral Bay
Tenghari/ Petang bertolak ke Kota Kinabalu.
Orang Jerman Yang ‘Civic Minded’ Dan Beradab
Mengenai penulis:
Muhamad Irfan Ab Manaf berasal dari Kota Bharu, Kelantan sedang berkhidmat sebagai guru dan menetap di Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas.