Oleh: Khairolizam Muhaidi

Jerman ini unik dan masyarakatnya memang berdisiplin. Kita di Malaysia, kalau nak naik LRT, MRT atau KTM Komuter, perlu scan dulu pass dan tiket, bukan. Kalau tidak, tidak boleh lalu masuk.
Tetapi di Jerman, tidak ada semua sekatan jalan laluan itu. Sesiapa sahaja boleh tunggu tram/underground/train dan bila sampai, terus boleh masuk tanpa tunjuk atau scan tiket.
Biasanya, orang akan beli tiket single, return, minggu, bulanan, semester atau tahunan di kaunter, mesin atau online. Tiket semester ni untuk pelajar-pelajar universiti.
Kadang-kadang, ada juga mesin tiket dalam tram dan underground tertentu. Jadi kalau tidak sempat beli, bolehlah beli dalam tram. Tetapi, doa-doalah mesin tiket tidak rosak.
Rumah Botol Jadi Daya Tarikan Kampung Penarik
Sistem dan budaya Jerman
Walaupun kita boleh sahaja masuk tram/underground/train tanpa tiket, tetapi amat jarang jumpa orang Jerman yang tidak membeli tiket.
Kita boleh tahu siapa masuk tanpa membeli tiket apabila inspektor/‘controller’ akan masuk coach ini randomly dan check setiap penumpang sebab sesiapa tidak ada tiket, memang kena saman on the spot.
Sudah di dalam tram/underground/train, memang kita tidak boleh lari mana-mana. Rayulah kau orang macam mana pun. Mereka ini tidak ada belas kasihan. Jika tertangkap tanpa tiket sah, mereka akan saman kalian €60.00 (RM300.00).
Dapat sahaja surat ‘cinta’ dari inspektor/‘controller’, kalian kena settle bayar €60.00 dalam masa tujuh (7) hari. Kau orang buat dunno sahaja 7 hari ini? Tidak apa-apa.
Seminggu kemudian, surat daripada peguam datang tuntut bayaran. Daripada €60.00 akan bertambah kos peguam lagi. Lebih baik settle cepat.
Tidak macam negara kita yang tercinta, bukan? Saman daripada pihak berkuasa tempatan, DBKL, polis dan JPJ pun boleh simpan berkurun-kurun lamanya.
Inspektor/‘controller’ ini pula kadang-kadang sahaja akan ‘spot-check’ kecuali train ICE (train paling laju dan tiket paling mahal). Kelajuan train ICE boleh mencecah 300km/jam. Syiok!
Sesiapa yang pernah ke Jerman mesti suka sangat sistem pengangkutan awam di sini. Sebab, connection antara bandar sangat mudah dan efficient, jadi senang sangat mahu pergi mana-mana. Naik train ICE (high speed train) paling best.