Inspirasi

“Wow! Cantik Sangat Kek Marble Ni. Sayang Nak Potong.”

Sekali pandang, Kek Marble Jelita ini bagaikan bantal hiasan empuk. Indah diserikan bunga ros kembang mekar dengan warna yang cukup menggoda mata.

"Wow, Cantik Sangat! Sayang Nak Potong."
Kek Marble Jelita yang memikat mata.

Menjual kek marble jelita menjadi antara jalan menjana pendapatan popular ketika ini sama ada di bandar mahupun di desa. 

Pembuatnya bukan sahaja minat dan menggemari kek, malah sangat kreatif dalam menghasilkan kek yang sedap dan menarik hingga berjaya menarik pelanggan membuat tempahan berulang kali.

“Awalnya saya bermula sekadar suka-suka saja. Saya memang minat melukis, kebetulan dulunya belajar art and design. Jadi, melukis itu hal biasa. Tetapi macam mana nak saya menjadikannya hasil yang luar biasa dan bermanfaat?

“Saya dapat idea nak cuba buat kek marble jelita ni masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Waktu itu, bosan dan pada masa sama risau memikirkan sumber pendapatan yang tersangkut dek jangkitan Covid-19 yang melanda negara.

“Ramai yang terkesan, termasuk saya. Nak keluar bekerja tak boleh sebab #PKP. Jadinya, waktu itu saya fikir apa cara lain untuk saya dapat pendapatan. Daripada suka-suka dan sekadar cuba, tak sangka ada yang tempah (kek jelita marble),” ujar Za Zain, jurusolek profesional yang kini melangkah setapak lagi dalam bidang pembuatan makanan (pastri, bakeri dan makanann tradisional).

Bilik Darjah Berhias Seperti Rumah Sendiri, Idea Kreatif Cikgu Ini Buat Murid Teruja Ke Sekolah

Sanggup belajar untuk mahir

Katanya, walaupun bermula sekadar suka-suka namun setiap kek yang dihasilkan akan dibuat sepenuh hati dan kesungguhan.

Mengakui ketika menghasilkan kek marbel jelita , dia langsung tiada ilmu juga kemahiran yang betul. Pun begitu, berbekalkan pengalaman dan minat, Za menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

"Wow, Cantik Sangat! Sayang Nak Potong."
Kek Marble Jelita yang dihasilkan Za Zain semakin mendapat sambutan.

“Sebelum ni, memang saya biasa buat kek dan biskut. Tetapi, buat tanpa belajar lain ilmunya. Sebab itu, saya ikut serta untuk belajar hasilkan kek marble jelita ni secara PJJ.

“Bukan senang ye nak buat kek ni. Masa awal-awal cuba dulu, banyak yang terpaksa dibuang sebab tak masak. Adunan naik, ada juga yang hangus.

“Maklumlah, buat tak belajar dengan ilmu yang betul. Antara memahami suhu ketuhar, cara adunan ke dan pemilihan bahan yang berkualiti seperti mentega dan telur.

“Kek ni nampak mudah, tetapi sebenarnya nak membuatnya cerewet. Dan sampai sekarang saya masih lagi dalam proses belajar, memang ambil masa untuk dapat hasil yang sempurna.

5 Sebab Kenapa Anda Mesti Cuba Nasi Ganja Shukri

Dapur Mek Jangok

Di bawah label Dapur Mek Jangok, Za Zain kini berjaya menambah satu lagi produk homemade baharu yang mendapat sambutan memberangsangkan.

Cikgu Ina Tidak Kedekut Kongsi Resipi

“Alhamdulillah, selain Nasi Kerabu Mek Jangok, Karipap Pusing Frozen, Laksam, Nasi Dagang dan roti, sekarang Dapur Mek Jangok by Za Zain meriah dengan tempahan Kek Marble Jelita.”

Menggunakan saluran media sosial khususnya Facebook dan Instagram , dia sentiasa mengemas kini produk homemade yang dihasilkannya.

“Kalau ada yang nak cuba Kek Marble Jelita atau makanan lain, boleh WhatsApp saya ditalian 0189870763. Insya-Allah, ramai yang sudah mencuba dan puas hati, ada yang ulang tempah.”

Related posts
Inspirasi

Ramadan Di Rantau Orang, Ini Kelebihan Berpuasa Di Luar Negara

Penulis: Khairolizam Muhaidi Tidak dinafikan bahawa bulan Ramadan akan membuatkan percikan rindu…
Read more
Inspirasi

7 Kata-kata Emas Dan Motivasi Jack Ma Kepada Anak Muda

Jack Ma dan kata-katanya. Tidak pernah berhenti memukau. Setiap butir kata lelaki terkaya China ini…
Read more
Inspirasi

Ana Balqis Menulis: Teruja Jadi Penyelamat?

Kes 1 Nisha (20-an akhir) ditinggal teman lelaki. Tiada kata yang boleh menggambarkan kekecewaan.
Read more

1 Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *