Dengan idea dan konsep dekorasi terkini, menyerlahkan lagi aura dan tata hias ruang seiring perkembangan zaman.
Sejak dahulu lagi, kita biasa dengar dan lihat bilik darjah berhias. Walaupun ia bukan sesuatu yang baharu, tetapi dengan sentuhan tersendiri, hasilnya pasti berbeza.
Lihatlah dekorasi bilik darjah berhias hasil kreativiti Cikgu Syahril Faiza Zakaria atau lebih mesra dengan sapaan Cikgu Arshad Peyza dari Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2, Tumpat, Kelantan. Suasana bilik darjah seperti berada di rumah sendiri. Sangat cantik, selesa dan tersusun rapi.
Dengan niat dan keinginan untuk memberi keselesaan kepada pelajarnya, idea, kesungguhan serta kreativiti pendidik berjiwa seni ini bukan sahaja berjaya menambat hati murid untuk minat belajar dan betah berada di dalam bilik darjah, malah bilik darjah berhias yang dinamakan ‘Projek kelas 4Z’ ini mendapat pujian juga kata-kata semangat daripada netizen.
7 Kata-kata Emas Dan Motivasi Jack Ma Kepada Anak Muda
Dekorasi menarik, ini komen netizen:
“Terbaik cikgu, semoga cikgu dimurahkan rezki. Amin.” – Kamaroy Aeman II
“Terbaik cikgu.. menjadi model dan aspirasi buat guru2 lain bg menarik pelajar selesa di dlm kelas.” – Shaferi Kaharudin
“Congrtz cgu… selau buat yg terbaik utk pljr2 š…mcm rindu pulak mau sek balek.” Rujaini Adoang RossArni
“Fuhhh hebat… Tahniah cikgu Arshad Peyza” –Mcnor Norhayati
“Peningkatan kehadiran anak2 melonjak ke sekolah dan KPI kami akan tercapai dengan dekorasi serta inspirasi cikgu yang berwawasan.” – Suzana Adzmin
“Congrats cikgu… mesti ramai yg suka dpt masuk kelas cikgu…” – Fatma Fauzee
“Mmg terbaek cikgu, tahniah.” – Loqman Hakim Jazlan
Kelas Fotografi Online Serlahkan Kreativiti
Murid selesa dan seronok
Bertuahnya murid kelas Cikgu Syahril mendapat seorang guru begitu prihatin, penuh kesungguhan dan sentiasa mencari idea segar demi menarik minat pelajarnya untuk minat belajar, sekali gus betah berada di dalam bilik darjah.
Tidak hanya sekadar itu, guru yang mengajar mata pelajaran Matematik ini tidak lokek mengeluarkan duit poket sendiri hampir RM2 ribu untuk memberi barangan keperluan dekorasi bilik darjah anak muridnya itu.
“Niat saya, suka-suka saja untuk keselesaan anak murid. Syukur, kerjasama daripada pelajar amat luar biasa. Mereka sama-sama menjaga dan saling berpesan untuk menjaga kelas.
“Tahap kerajinan juga meningkat, peratus kehadiran juga naik mendadak, Alhamdulillah.” kata Cikgu Syahril yang turut mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.
Aspirasi
Ruang bilik darjah 4Z dihias dengan gaya dekorasi moden minimalis yang memikat pandangan. Daripada pilihan warna, perabot, pasu bunga dan perhiasan comel hinggalah ke bingkai gambar pemimpin negara juga balang ikan hiasan, semuanya berjaya disuai padan dengan baik sekali.
Suasana di dalam bilik darjah berubah bagaikan berada di dalam rumah sendiri, selesa, tenang dan segar.
4 Rahsia Rumah Kemas & Bersih Hanya 15 Minit
Semoga usaha murni Cikgu Syahril Faiza ini bukan sahaja menjadi aspirasi kepada anak murid malah kepada warga pendidik yang sentiasa menjadi idea baharu untuk menarik minat pelajar supaya dapat belajar dalam suasana selesa, gembira dan bersemangat.