Inspirasi

Kenapa Kita Mudah Judgmental?

Kredit foto: goodtherapy.org

Kita adalah apa yang kita fikirkan… Setuju?

Ok, saya sebenarnya hendak sembang sikit mengenai sikap segelintir kita yang mudah dan suka sangat membelek, menghitung, mengheboh, bahkan merendahkan kekurangan, kelemahan, kesilapan dan ‘ketidakhebatan’ orang lain – di mata dia – dengan sebab berasa dirinya lebih hebat.

Misalnya, dalam satu kejadian beberapa minggu lalu. Suatu malam, saya makan sendiri di kafe berdekatan rumah.

Badan penat, memang tiada mood nak main masak-masak. Saya sengaja ambil kedudukan di luar premis, open air konsepnya He… He… He. Ramai juga yang lebih suka makan di luar berbanding di dalam restoran, jadi ada ‘kawan’ (sebab waktu itu saya sendirian).

Tatkala menunggu makanan yang dipesan sampai, macam biasa saya ralit melayan facebook dan Instagram menerusi telefon pintar.

Dalam ralit bermedia sosial, telinga saya yang tak berapa capang ni tertangkap sekumpulan wanita sedang rancak bergosip. Dan saya, terpasang telinga.

Kenapa Kita Mudah Judgmental?

Membawang

Saya gigih mencari arah mana bunyi itu datang, rupa-rupanya hanya di sebelah saya. Suara sembang mereka jelas kedengaran, tak perlu pasang telinga pun memang boleh dengar dengan baik…(maaf ya, semuanya bahasa ‘pasar’ dan sengaja di kekalkan untuk ‘menyedapkan’ bunyi sembang mereka).

Si baju kurung merah:Alah, laki dia tu askar je.
Si baju biru bercelana jeans :Oh ye ke, tapi aku tengok macam selalu berduit aje.
Si baju blous putih bercelana hitam polos:Rugi kahwin, asyik kena tinggal aje.

Si baju kurung merah:Cuba tengok baju dia, hari-hari pergi office pakai baju itu-itu jugak. Mana ada baju baru, biasalah bini ‘mat uniform’ ‘kan!
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Haah, dia baya-baya kita juga, tapi nampak macam makcik-makcik aje. Kalau aku, setakat laki macam tu tak payah berlaki!
Si baju kurung merah: Hari-hari bawak bekal, busuk satu office!
Si baju biru bercelana jeans:Rumah dia mesti jenis biasa-biasa je ‘kan?
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Haruslah! ‘Mat uniform’ mampu ke beli kondo… Villa bagai?

Si baju kurung merah: Eh, korang perasan tak *Hasli sekarang ni pagi-pagi masuk surau. Apa dia buat?
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Alah, mengular ‘lah tu! Dia ‘kan ada buat bisness cupcakes kat rumah, tak cukup tidur datang office mengular kat surau!
Si baju biru bercelana jeans: Sedap ke kek dia? Eee… Mana aci macam tu, makan gaji buta!
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Tengoklah dalam facebook dia, asyik post gambar kek.

Perlukah Simpan Sakit Hati Sampai Mati?


Sikap mudah judgmental orang

Fuhhh! Sebenarnya banyak lagi yang mereka bebelkan, macam-macam nama keluar juga cerita itu dan ini. Tapi, macam ‘penat’ pulak nak taip semua di sini. Seperkara lagi, takut panjang letih kalian membacanya. Hi… Hi… Hi.

Memadai sekadar hanya memetik sebahagian daripada isi perbualan mereka yang membuat saya sangat letih dengan sikap judgmental segelintir ‘kita’ apabila berkumpul atau berkisah mengenai orang lain.

Kenapa Kita Mudah Judgmental?

Mengapa mereka hanya ‘nampak’ yang kurang, lemah, salah dan buruk saja. Misalnya, apa masalah ‘si temannya’ bersuami ‘mat uniform’?

Mengapa pula jadi isu kalau pun setiap hari ‘si teman’ bawa bekal ke tempat kerja? Bukankah itu sikap yang baik, jimat cermat amalan mulia.

Kalau ya sekalipun ‘si teman’ selalu ‘hilang’ ke surau, kenapa cepat sangat fikir orang itu pergi mengular?

Kenapa tak terfikir, mungkin ‘si teman’ sedang buat solat Dhuha?

Mengapa kita mudah judgmental hingga merepek yang bukan-bukan?

Cikgu Ina Tidak Kedekut Kongsi Resipi

Faham maksud saya?

Sikap toksik begini memang tidak baik diamalkan, sayangnya ramai tidak sedar. Mereka buat dan terus buat tanpa rasa bersalah.

Mungkin sebab cemburu, iri hati (tak boleh nampak orang lain lebih daripada dia).

Atau memang sejenis perangai suka sangat kritik orang lain. Pengkritik tak bergaji.

Pernah dengar kata-kata ini; 

“Walk a mile in my shoes, see what I see. Hear what I hear. Feel what I feel, then maybe you’ll understand why I do what I do, ‘till then don’t judge me.”

Jadi, sebagai pesanan peribadi saya kepada ‘kita’ yang terbiasa judgmental orang lain, sebaiknya, never assume anything.

Ya… Be curious, not judgmental.

Sebab, judging a person does not define who they are. It defines who you are!

Terima kasih kerana sudi membaca pandangan peribadi saya ini. – Alisha Aisyah


* Info penyumbang:
Penulis berpengalaman menulis di beberapa buah majalah gaya hidup, tabloid dan turut menjadi blogger sambilan.

Related posts
Inspirasi

Ramadan Di Rantau Orang, Ini Kelebihan Berpuasa Di Luar Negara

Penulis: Khairolizam Muhaidi Tidak dinafikan bahawa bulan Ramadan akan membuatkan percikan rindu…
Read more
Inspirasi

7 Kata-kata Emas Dan Motivasi Jack Ma Kepada Anak Muda

Jack Ma dan kata-katanya. Tidak pernah berhenti memukau. Setiap butir kata lelaki terkaya China ini…
Read more
Inspirasi

Ana Balqis Menulis: Teruja Jadi Penyelamat?

Kes 1 Nisha (20-an akhir) ditinggal teman lelaki. Tiada kata yang boleh menggambarkan kekecewaan.
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *