Kewaspadaan sepanjang tahun sangat penting untuk pengurusan tekanan darah tinggi yang betul, terutama sewaktu pandemik COVID-19.
Hipertensi membabitkan kira-kira satu dalam setiap tiga orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas; 35.3% menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi (140/90 atau lebih tinggi).
Bagaimanapun, bagi setiap dua pesakit yang didiagnosis, ada tiga lagi pesakit kekal tidak didiagnosis dan tidak dirawat.
Ini kerana penyakit telah berkembang tanpa sebarang simptom, menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat serangan jantung dan strok.
Walaupun dalam tinjauan OMRON Healthcare yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa 85% daripada 504 responden telah memeriksa tekanan darah mereka tahun lalu, 42% berpendapat tekanan darah mereka tidaklah serius atau memerlukan pemantauan secara berkala.
Satu pertiga atau 34% berasa pemeriksaan tekanan darah setiap kali berjumpa doktor sudah memadai. Bagaimanapun, dengan hipertensi yang menjadi semakin lazim dalam kalangan orang muda.
Maka, semakin kritikal bagi rakyat Malaysia untuk memahami kepentingan pemantauan tekanan darah yang berkala.
Ini membolehkan mereka supaya dapat menerapkan perubahan gaya hidup dan mendapatkan rawatan pada peringkat awal kerana langkah-langkah ini lebih berkesan.
Ini 6 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Mesti Dilakukan
Pembunuh senyap
Sekarang, perkara ini menjadi sangat penting kerana pesakit hipertensi didapati mengalami kesan yang lebih buruk akibat COVID-19 berbanding individu sihat.
“Tekanan darah tinggi atau hipertensi, adalah pembunuh senyap dan penyebab utama serangan jantung serta strok. Peluang anda untuk mendapat penyakit ini meningkat dengan usia dan masalah kesihatan kronik yang sedia ada.
“Ini bermakna, jika anda menghidap diabetes, obesiti atau kolesterol tinggi, anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
“Jika ada sejarah hipertensi dalam keluarga, anda berdepan dengan peluang 50% lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini – yang membuat anda lebih berisiko mendapat strok, serangan jantung atau masalah buah pinggang, terutama jika tekanan darah tidak dikawal dengan baik,
“Disebabkan kadar pesakit hipertensi kian meningkat dalam kalangan orang dewasa yang lebih muda, maka setiap orang dewasa perlu memantau tekanan darah mereka secara berkala, dari umur 18 tahun ke atas.” kata Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH), Dr Mohd Arifin Mohd Ali.
5 Cara Berkesan Bantu Emosi Lebih Segar Sepanjang #PKP
Kurangkan beban hipertensi
Hampir 70% orang dewasa Malaysia berisiko mengalami peningkatan tekanan darahdan hanya 37.4% daripada pesakit yang dirawat mencapai tahap tekanan darah yang terkawal,
Justeru kesedaran lebih besar menjadi kunci untuk mengurangkan kadar kelaziman hipertensi dalam masyarakat.
Dalam usaha untuk membantu mengenalpasti mereka yang berisiko tinggi, OMRON bekerjasama dengan MSH menghasilkan senarai semak-diri.
Ini bagi memudah serta menggalakkan responden memeriksa tekanan darah mereka, dan berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat mengenai cara mencegah atau merawat hipertensi yang tidak didiagnosis.
“Di OMRON, kami berkongsi objektif yang sama dengan Persatuan Hipertensi Malaysia, iaitu untuk mengurangkan beban hipertensi.
“Di OMRON, kami mempunyai visi yang dipanggil GEN 0 (Gen Sifar) – ini merujuk kepada generasi yang tidak ditentukan oleh usia, satu generasi yang bebas daripada serangan jantung dan/atau strok.
“Sebagai peneraju dalam alat pemantauan di rumah, ini adalah harapan kami untuk masa hadapan dan kami sangat berterima kasih kepada semua pakar kesihatan yang membuka laluan menuju ke sasaran ini,” ujar Pengarah Pemasaran Serantau, OMRON Healthcare Asia Pasifik, Alexis En.
Maklumat selanjutnya, sila kunjungi untuk mengambil senarai semak-diri dan laman web Persatuan Hipertensi Malaysia (www.msh.my) dan penerangan lanjut mengenai penyakit tekanan darah tinggi.