Inspirasi

Hati Akan Sakit Jika Dipaksa

Hidup ini sukar dan melelahkan jika yang kau usahakan adalah untuk memuaskan hati orang lain. Tidak ada apa yang akan kita dapatkan, kecuali kesakitan.

Jadi, apakah yang haruskan kita lakukan sebenarnya? Pedulikan sahaja apa-apa pun kata orang kepada diri kita? Lalu, hati kita sakit dan merana?

Baca juga: Kemurungan: 24 Cara Bagaimana Wanita Ini Berjaya Pulih Sepenuhnya

Tenang. Ya, tiada salahnya jika kau berusaha memenuhi keinginan dan kepuasan hati kepada orang lain. Tetapi, hatimu jika terus dipaksa-paksa akan menjadi sakit yang sukar untuk kau ubati.

Perasaan kita adalah hak kita untuk mempertahankannya. Tiada orang lain yang berhak menentukan apa-apa.

Ya, bolehlah sebagai nasihat, buah fikiran atau cadangan. Tetapi, tetap keputusan akhirnya hak kita yang menentukan.

Berapa ramai di luar sana hati nya sakit dek kegigihan memuaskan hati orang lain. Entah kerana rasa tanggungjawab, sayang, cinta atau ingin diterima. Segalanya berkemungkinan. Pun, hati kita berhak dipuaskan sama.

Setiap keputusan dan kemahuan itu harus menimbang tara hak hati kita. Jika akhirnya akan membuat hati sakit, lelah dan dipaksa-paksa, tidaklah wajar diteruskan.

Hati ada limitasinya. Usah dibiarkan rabak sentiasa, kelak bertambah derita.

Baca juga: 5 Sebab Gagal Lepaskan Cinta Lama Dan Move On

Hati akan sakit jika dipaksa

Ya, Hati Akan Sakit Jika Dipaksa

Ya, orang tidak nampak kesakitan dan penderitaan itu, tetapi kita yang rasa. Kita menanggung segalanya. Semakin lama dipaksa dan ditekan, bertambah kesan bahayanya.

Derita batin yang nantinya kita sendiri tidak mampu mencari ubat dan merawat. Lalu, benarlah kata pepatah lama… Buat baik biar berpada-pada. Jika sayang sekali pun, usah selalu dimanja-manja. Kelak naik kepala, kita juga yang makan hati berulam jantung.

Berpada-padalah akan setiap perbuatan, jangan sampai kemudian hari saat hati kita sudah terlanjur tersakiti segala yang dibuat dan beri akan terluah tanpa peduli.

Bukan hanya hati kita akan sakit, pada masa sama menyakitkan perasaan orang lain. Menakutkan.

Hati yang sakit usah dibuat main.

About author

Articles

Just limited edition creative writer.
Related posts
Inspirasi

Ramadan Di Rantau Orang, Ini Kelebihan Berpuasa Di Luar Negara

Penulis: Khairolizam Muhaidi Tidak dinafikan bahawa bulan Ramadan akan membuatkan percikan rindu…
Read more
Inspirasi

7 Kata-kata Emas Dan Motivasi Jack Ma Kepada Anak Muda

Jack Ma dan kata-katanya. Tidak pernah berhenti memukau. Setiap butir kata lelaki terkaya China ini…
Read more
Inspirasi

Ana Balqis Menulis: Teruja Jadi Penyelamat?

Kes 1 Nisha (20-an akhir) ditinggal teman lelaki. Tiada kata yang boleh menggambarkan kekecewaan.
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *