Gaya Hidup

10 Tip Persediaan Awal Kehamilan Untuk Bakal Ibu

Kredit foto: babycentre.co.uk

Sedang merancang untuk hamil? Jika ya, sebaiknya lakukan persediaan awal. Ini kerana ketahanan fizikal setiap wanita berbeza, jadi sangat penting untuk memastikan tubuh kita bersedia untuk menjalani tempoh kehamilan.

Setiap wanita yang sudah berkahwin pastinya ingin memiliki zuriat, sebagai tanda dan pengikat cinta. Jadi, demi memastikan keinginan itu tercapai, dari awal lagi kita (baca; wanita/perempuan) perlu membuat persediaan awal agar kehamilan tidak membebankan, menjadi momen yang membahagiakan.

Selain kesihatan tubuh, aturan pemakanan setiap harus dijaga sebaik mungkin. Pengambilan makanan seimbang penting untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan, terutama sekali pada perkembangan awal organ terbentuk.

10 Persediaan Awal Sebelum Dan Ketika Hamil

Kami kongsikan 10 tip persediaan awal ini sebagai panduan untuk anda menempuh tempoh kehamilan;-

#1. Asid Folik
Asid Folik mengandungi unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang pada bayi dalam kandungan. Kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjangnya terjejas.

Wanita yang merancang untuk hamil disarankan supaya meningkatkan pengambilan asid folik setiap hari sebanyak 0.6mg iaitu tambahan sebanyak 0.4mg sebelum hamil dan pada minggu awal kehamilan.

Ini penting kerana pada tempoh ini berlaku pertumbuhan organ bayi. Selain buah seperti pisang yang kaya dengan asid folik, anda boleh mengambil pil asid folik di farmasi, klinik atau melalui makanan tambahan yang ada di pasaran.

Ini 6 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Mesti Dilakukan

#2. Sayur dan buah
Buah dan sayur kaya dengan vitamin C. Jika mahu hamil, kita perlulah mengambil kedua-dua sumber makanan ini untuk mendapatkan vitamin C secara semula jadi. Ini untuk mengelakkan daripada serangan pelbagai penyakit.

Tubuh ibu hamil yang cukup vitamin C dapat berkembang baik dan sihat. Pada masa sama, buah dan sayuran membantu menyelaraskan kadar metabolisme dalam badan, selain sebagai antioksida untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang lazimnya merosakkan sel tubuh.

Pengambilan buah dan sayuran juga penting untuk mencegah sembelit yang sering dialami ibu hamil. Makanan kaya serat ini memerlukan kita mengunyahnya lebih lama berbanding makanan lain. Dan hasilnya, kita cepat kenyang. Jika diamalkan dengan baik, mampu mengawal pertambahan berat badan.

#3. Makan ikan
Ikan sumber protein yang paling baik dan murah, selain mudah dicernakan tubuh. Ikan kaya dengan omega 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak baik bagi bayi dalam kandungan.

Ikan yang sesuai untuk ibu hamil antaranya, tuna, tenggiri, tongkol dan kembung. Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus, dipanggang atau digoreng.

#4. Karbohidrat
Ketika hamil, tubuh memerlukan banyak kalori. Kekurangan kalori boleh mengganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. Jadi, anda dinasihatkan agar mengambil banyak karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak sewaktu hamil.

Beras, jagung, mi, bihun, makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat. Roti sumber karbohidrat terbaik.

#5. Zat besi
Melahirkan bayi adalah proses yang rumit. Bagi memastikan semuanya berjalan lancar, persediaan awal kehamilan harus dilakukan. Antara yang perlu diberikan perhatian, kandungan darah ketika hamil.

Ibu hamil memerlukan peningkatan darah sebanyak 40 hingga 60 peratus. Bagi mengelakkan berlakunya masalah anemia, kita disarankan mengambil makanan kaya zat besi seperti daging merah (tetapi elakkan daripada makan hati), sayuran hijau, kekacang dan buah yang dikeringkan.

Bagaimanapun, penyerapan zat besi tidak dapat berlaku dengan baik jika ibu hamil banyak minum minuman yang tinggi kandungan kafeinnya.

Ibu hamil yang mengalami anemia kelihatan pucat dan tidak bermaya. Pendarahan yang banyak sewaktu proses kelahiran bayi boleh memburukkan keadaan.

Persediaan Awal Kehamilan? Ini Antara Yang Perlu Dilakukan

#6. Air secukupnya
Tubuh sangat memerlukan air, sama ada sebelum hamil atau sewaktu hamil. Sepanjang tempoh kehamilan terutama pada peringkat permulaan, gejala seperti loya dan muntah sering berlaku. Ini menyebabkan air banyak keluar. Kita disaran minum lebih banyak untuk mengantikan air yang hilang itu.

Ketika hamil, hormon progestron meningkat. Keadaan ini boleh menyebabkan proses penghadaman menjadi lambat dan ibu hamil mungkin menghadapi masalah sembelit dan buasir.

Keadaan bertambah teruk apabila kehamilan masuk trimester ketiga. Ketika ini uterus semakin membesar dan penuh dengan bayi serta cecair amniotik akan menekan bahagaian bawah uterus bersama pundi kencing.

Ini menyebabkan najis keras dan proses membuang air besar sukar. Jadi, untuk mengeluarkan najis ini, ibu hamil terpaksa meneran.

Apabila meneran terlalu kerap dengan tekanan tinggi boleh menyebabkan buasir. Bagi mengelakkan masalah ini, pastikan tubuh anda mendapat keperluan air secukupnya iaitu lapan gelas sehari  atau lebih.

#7. Sarapan Pagi
Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dalam kitaran hidup manusia, apatah lagi bagi ibu hamil. Ketika trimester pertama, ibu hamil sering berasa lesu terutamanya pada waktu pagi. Jadi, ambillah sedikit sarapan agar rasa lesu dapat dikurangkan.

Pada masa sama, bersarapan dapat menghilangkan rasa pedih perut. Rasa pedih yang dialami ibu hamil biasanya membuatkan rasa mual dan ketika inilah morning sickness menyerang.

Bersarapan membantu ibu hamil berhadapan masalah ini. Bagaimanapun, jangan makan terlalu banyak. Contoh sarapan terbaik ialah segelas susu, semangkuk bijirin dan sekeping roti.

Anak: 5 Rahsia Didik Sikap Sopan, Hormat Ibu Bapa Dan Penyayang

#8. Beriadah
Senaman baik untuk tubuh sihat. Jika tidak biasa berlari atau ke gimnasium, lakukan senaman sesuai dengan keupayaan diri, misalnya berjalan di sekitar kediaman sambil membuat kerja rumah seperti membersihkan laman atau menyiram pokok bunga.

Jika tempat kerja terletak di tingkat atas, jangan gunakan lif. Sebaliknya, naik atau turun menggunakan tangga. Walaupun nampak mudah, kegiatan berjalan kaki sangat baik untuk melancarkan peredaran darah. Sekali gus senaman yang tidak memerlukan kos. Tetapi perlu ingat, setiap masa, kita harus utamakan keselamatan diri dan kandungan. Jangan paksa diri jika tidak mampu.

#9. Kalsium
Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangkan gejala kebas atau kekejangan sewaktu tempoh kehamilan. Selain mengurangkan kecenderungan mendapat penyakit darah tinggi. Ibu hamil digalakkan minum susu.

#10. Keperluan DHA
DHA penting untuk perkembangan minda bayi dan berfungsi memantapkan pertumbuhan, penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.

Related posts
Gaya Hidup

Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry&#8216…
Read more
Gaya Hidup

Gaya Biru Yang Memukau & Tersendiri

Bosan menyarung busana warna natural? Jika ya, apa kata cuba pilihan persalinan biru. Pastinya gaya…
Read more
Gaya Hidup

Ketupat Daun Palas Resipi Mak

Masuk tahun ke-2 kita bakal berhari raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tidak dinafikan…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *