Gaya Hidup

Ini 6 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Mesti Dilakukan

Kredit foto: hiperfm.com.br

Badan sihat, cergas dan bertenaga memang menjadi idaman semua orang termasuk golongan berusia. Menyentuh gaya hidup sihat, tidak bermakna membosankan atau terpaksa makan makanan yang hambar.

Tubuh yang sihat satu anugerah dan amanah besar daripada Tuhan kepada setiap hamba-Nya. Tiada guna berpangkat dan kaya raya jika hidup menanggung sakit. Tidak mampu melakukan apa-apa. Lebih menyedihkan, terpaksa mengharapkan bantuan orang lain untuk meneruskan kehidupan. Sebelum terlambat, mari kita amalkan gaya hidup sihat.

Panduan ini mungkin dapat membantu kita mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rasa terkongkong dengan diet yang ketat dan menyusahkan.

8 Manfaat Makan Pisang Setiap Hari

1. Sayuran berwarna-warni
Selain salad dan tomato, sayur berdaun hijau tua atau berwarna cerah kaya vitamin dan antioksidan. Sayuran ini tinggi serat dan rendah kalori yang cukup untuk keperluan harian. Ingin tubuh sihat, pastikan makan sayur setiap hari, ya.

2. Pilih buah segar
Jika rasa mahu mengunyah sesuatu, pilihlah buah-buahan segar dan bukan makan ringan. Sayur dan buah mengandungi antioksidan tinggi, kaya serat serta rendah kalori. Bagi menambah cita rasa boleh makan besama dadih (yoghurt) rendah lemak.

Cara ini, anda mendapat bekalan kalsium dan protein yang membantu mengenyangkan perut lebih lama. Selain, boleh amalkan pengambilan buah-buahan kering yang boleh dicampur dalam bijirin dan kekacang atau bijirin sebagai bekal yang bergizi namun ringan.

Ini 6 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Mesti Dilakukan
Kredit foto: success.com

3. Mengolah daging
Jika kebiasaannya makan sandwich bersama kepingan daging, cuba tukar paa inti berprotein kualiti tinggi. Antaranya ikan panggang, dada ayam atau sosej sayuran. Pilihan ini bebas nitrat, rendah lemak jenuh dan baik untuk jantung yang sihat.

5 Sebab Kenapa Berat Badan Tidak Turun Walaupun Diet Dan Bersenam

4. Manfaat khasiat bijirin
Dietary Guidelines for Americans mencadangkan, tiga bahagian (dalam pengambilan makanan) bijirin setiap hari. Selain tinggi serat, bijirin mengandungi antioksidan yang tiada di dalam buah-buahan dan  sayuran.

Cara mudah mengamalkannya, pilih roti gandum daripada roti putih untuk sandwich. ketika makan tengahari. Selain mencampurkan beras merah, atau barli di dalam sup sayuran. Badan sihat hasil daripada amalan makan makanan berkhasiat.

5. Bersarapanlah
Segelintir kita, berdiet dan meninggalkan sarapan. Kajian kesihatan dan diet menunjukkan, individu bersarapan secara teratur dapat mengekalkan berat badan berbanding mereka yang meninggalkan sarapan.

Sarapan ideal mengandungi tiga kelompok makanan. Misalnya, semangkuk bijirin bersama susu dan sedikit buah-buahan kering untuk memulakan hari anda dengan cara yang sihat.

6. Bersenam
Bersenam, nutrisi mencukupi dan rehat yang teratur adalah amalam gaya hidup sihat. Sayangnya, ramai yang menghindarinya kerana pelbagai alasan.

Berikut beberapa panduan mudah dan murah  untuk menjaga serta meningkatkan kesihatan tubuh anda.

1. Minum air mencukupi (2-3 liter sehari).
2. Elak pengambilan gula, minyak, santan, tepung, mentega, marjerin, garam dalam makanan secara berlebihan.
3. Pilih olahraga percuma, misalnya push-up dan naik-turun tangga  atau jogging di sekeliling kawasan perumahan atau menggunakan kemudahan kolam renang dan pusat kecergasan di temapt tinggal anda.
4. Masak sendiri lebih murah daripada makan di luar. Masaklah makanan yang mengandungi sayuran beraneka warna dan daging rendah lemak.
5. Jaga daya tahan tubuh dan lindungi dengan keperluan vitamin serta mineral.

Related posts
Gaya Hidup

Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry&#8216…
Read more
Gaya Hidup

Gaya Biru Yang Memukau & Tersendiri

Bosan menyarung busana warna natural? Jika ya, apa kata cuba pilihan persalinan biru. Pastinya gaya…
Read more
Gaya Hidup

Ketupat Daun Palas Resipi Mak

Masuk tahun ke-2 kita bakal berhari raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tidak dinafikan…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *