Gaya Hidup

5 Cara Berkesan Bantu Emosi Lebih Segar Sepanjang #PKP

Kredit foto: restoringbalancelancaster

Dalam keadaan kita semua perlu dan terpaksa duduk di rumah, sangat penting untuk memastikan kesihatan emosi seisi keluarga terjaga dengan baik. Tiada tekanan mahupun penderaan fizikal yang boleh mengundang situasi luar kawalan.

Genap empat minggu kita mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan – #PKP (Movement Control Order#MCO ) untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19. Walaupun sukar, setiap kita harus akur menempuhinya demi kebaikan juga keselamatan seluruh negara. Pun begitu, bagaimana cara berkesan untuk membantu emosi lebih segar sepanjang tempoh ini?

Apakah yang biasa kita lakukan apabila beremosi? Misalnya, sedang marah, kecewa atau sedih?

Masuk dapur dan memasak? Makan aiskrim? Mandi? Dengar muzik? Tonton filem komedi?

Emosi adalah bahagian penting dalam kehidupan seharian kita. Sama ada kita ketawa ketika mendengar jenaka atau berasa kecewa dek berlakunya kejadian yang tidak terjangkakan, kita tahu bahawa tahap tertinggi dan rendah yang dialami boleh menjejaskan kesejahteraan kita.

Keupayaan untuk mengawal emosi ini pula akan mempengaruhi bagaimana kita dilihat dan dinilai orang di sekeliling.

Sesetengah tindak balas emosi tidak memerlukan peraturan tertentu. Sekiranya emosi sesuai dengan situasi dan membantu kita berasa lebih baik, tidak perlu risau mengenai mengubah cara kita mengendalikannya. Tertawa apabila orang lain ketawa adalah satu contoh tindak balas yang sesuai dan membantu diri berasa lebih baik.

Kita boleh menyatakan kekecewaan dengan cara lain yang membolehkan diri melepaskan perasaan marah atau sedih itu, atau sebaliknya cuba mencari jalan untuk menenangkan diri.

Menenangkan diri apabila kecewa atau marah. ya, tentu sahaja, mungkin lebih mudah bercakap daripada melakukannya.

Sekiranya kita cenderung hilang kawalan ketika berasa kecewa dan melepaskan kemarahan itu kepada orang di sekeliling kita (atau di media sosial), luapan emosi itu boleh menjejaskan hubungan juga kesihatan diri.


Anak: 5 Rahsia Didik Sikap Sopan, Hormat Ibu Bapa Dan Penyayang

Bagaimana cara paling mudah bantu emosi lebih segar sepanjang tempoh #PKP?

Ini antara persoalan paling popular yang menjadi topik perbincangan di media sosial termasuk luahan perasaan di facebook juga group whatsapp sejak #PKP dilaksanakan bermula 18 Mac 2020.

Ya, suka atau tidak, kita harus kuat dan saling memberi sokongan supaya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa (walaupun terkurung di dalam rumah) sepanjang tempoh ini.

Tidak hanya memberi kerjasama baik kepada barisan hadapan negara, paling utama demi kesejahteraan emosi seisi keluarga yang tinggal bersama.

Fizikal terkurung, mengapa emosi ikut terkesan?

Pakar psikologi masih membahaskan hubungan fikiran badan dalam kereaktifan emosi; tidak mempunyai pengelasan emosi yang lengkap; dan bahkan tidak pasti sama ada emosi adalah punca atau hasil daripada cara kita membayangkan dunia (persekitaran).

Walau bagaimanapun, terdapat kemajuan yang dibuat dalam memahami konsep peraturan emosi, proses mempengaruhi cara emosi yang dirasai dan dinyatakan.

Misalnya dalam situasi kita semua tempuhi sekarang, sebelum perlaksanaan #PKP , kita bebas keluar bekerja atau ke mana-mana sahaja tanpa ada halangan.

Begitu pun, sepanjang tempoh #PKP semua hampir berubah sepenuhnya, termasuk gaya hidup kita. Ini membuat emosi kita ikut terkesan. Rasa terganggu dan terkongkong.

Lebih membimbangkan, ada segelintirnya menghadapi tekanan luar biasa (misalnya, suri rumah yang dibebani pelbagai tugasan dan keletihan melampau atau individu yang terpaksa bersendirian sejak tempoh perlaksanaan #PKP ).

Hmmm… Bagaimana cara berkesan supaya emosi kita sentiasa dalam kawalan, sekali gus mengelakan diri daripada provokasi keadaan?

Ini 7 Rahsia Pikat Hati Pasangan Yang Mesti Anda Tahu

5 Cara Mengejutkan Ini Bantu Emosi Lebih Segar
Emosi kadangkala sukar difahami. Dengan mengambil pendekatan yang sesuai dan cara berkesan bantu emosi lebih segar, kita dapat mengubah keadaan juga cara menghadapi masalah.
Krediti foto: emotivebrand

Ini 5 cara berkesan untuk bantu emosi kita lebih segar dan terkawal

Cikgu Ina Tidak Kedekut Kongsi Resipi

Kita mungkin bernasib baik, jika dapat menangani sebahagian besar hal yang terlibat dalam mengawal diri sebelum provokasi emosi berlaku.

Dengan menyediakan diri terlebih dahulu, kita akan mendapati, emosi bermasalah hilang sebelum ia mengganggu kehidupan dan orang di sekeliling.

Bagaimana cara berkesan untuk siap sedia dan kawal diri, sekali gus membantu meletak emosi dalam keadaan stabil dan ‘selamat’?

1. Pilih keadaan 

Elakan diri daripada keadaan yang mencetuskan emosi yang tidak diingini. Jika kita tahu, kita mungkin marah apabila berada dalam keadaan tergesa-gesa (dan menjadi marah apabila orang lain memaksa kita melakukan dengan segera), maka jangan suka menangguh kerja atau ada kebiasaan buat kerja disaat akhir.

Biasakan diri untuk buat persediaan awal. Misalnya, sebelum tidur sediakan bahan yang diperlukan untuk memasak sarapan pada esok pagi.

Atau buat senarai kerja yang perlu dilakukan dan tempoh masanya. Cara ini bukan sahaja membantu menjimatkan masa, pada masa sama kerja kita menjadi lebih teratur.

2. Ubah keadaan

Mungkin emosi yang cuba kita tolak adalah kekecewaan. Kita selalu berharap, misalnya, untuk menyajikan makanan “sempurna” untuk seisi keluarga, tetapi selalu ada yang tidak kena kerana harapan kita terlalu tinggi.

Ubah keadaan, cari resipi yang berada dalam lingkungan keupayaan kita supaya dapat melakukannya dengan baik dan selesa.

Kita mungkin tidak dapat menyajikan makanan hebat, tetapi kita berjaya memasak makanan istimewa dan menyelerakan buat keluarga.

3. Alih tumpuan perhatian kita

Satu daripada cara berkesan bantu emosi lebih segar adalah dengan mengambil langkah alih tumpuan pemerhatian kita.

Sekadar contoh situasi, tidak dapat dinafikan, hari ini hampir semua orang mempunyai ‘kehidupan di laman media sosial’. Semua bagaikan berlumba mahu menonjolkan diri dan kemampuan. Bagi segelintir orang, keadaan ini boleh mencetuskan gangguan emosi dan mengganggu hidupnya.

Misalnya, kita lihat kenalan di facebook atau Instagram memuat naik gambar dekorasi rumah bergaya dan berjenama. Lalu, kita tidak dapat menahan diri untuk melihat dengan rasa hairan dan iri hati terhadap apa yang dapat mereka ada.

Jangan terus tenggelam dalam perasaan itu. Cepat alihkan tumpuan emosi kita daripada mereka. Lebih baik fokus pada apa yang sedang kita miliki depan mata.

Misalnya, kita mungkin tidak ada perhiasan rumah yang mahal. Tetapi, keadaan rumah kita sentiasa kemas dan bersih. Anak-anak juga rajin membantu. Bukankah itu satu daripada kegembiraan yang harus disyukuri?

4. Ubah cara berfikir

Menukar cara berfikir, kita mungkin tidak dapat mengubah keadaan. Tetapi, sekurang-kurangnya boleh mengubah cara kita percaya keadaan itu mempengaruhi diri dan emosi.

Dalam erti kata lain, ini satu daripada cara berkesan untuk kita menggantikan pemikiran dan rasa tidak puas hati kepada pemikiran ke arah kegembiraan atau sekurang-kurangnya menghargai.

Misalnya, suami tersilap beli bahan keperluan masakan. Daripada marah-marah, olah sahaja bahan itu menjadi sesuatu mencetuskan kegembiraan buat semua.

Percayalah, kita akan berasa puas dan gembira. Tidak marah atau kecewa dek kegagalan pasangan memenuhi keinginan kita.

19 Cara Bina Keyakinan Diri

5. Tukar jawapan kita 

Jika semua langkah di atas gagal, dan emosi itu datang, langkah terakhir untuk mengawal dan membantu emosi kita adalah dengan cara mengawal tindak balas diri sendiri.

Jantung kita mungkin berdegup kencang, dengan sensasi yang tidak menyenangkan apabila berasa gementar atau marah. Tarik nafas panjang, cuba tutup mata untuk menenangkan diri. Tarik nafas dan hembus dengan teratur. Bertenang.

Begitu juga, jika kita tidak boleh berhenti ketawa apabila orang lain kelihatan serius atau sedih, kumpul sumber dalaman kita dan paksa diri sekurang-kurangnya untuk menukar ekspresi wajah kita (jika emosi dalam keadaan bercelaru ketika itu).


Memang, cakap senanglah, untuk melakukannya bukan mudah!

Ya, Faham. Pendekatan yang dikongsikan ini hanyalah satu daripada langkah yang boleh kita sesuaikan diri dan emosi dengan lebih mudah apabila menghadapi situasi bermasalah.

Mengetahui pencetus emosi adalah langkah awal yang boleh membantu kita mengelakkan masalah. Membantu mengubah fikiran dan reaksi kita. Membina keyakinan pada kemampuan diri sendiri untuk mengatasi keadaan.

Dengan pendekatan ini, kita bukan sahaja akan dapat mengubah pandangan negatif kepada sesuatu masalah (atau keadaan) menjadi positif, pada masa sama bantu emosi lebih segar dan memberi nafas baharu kepada ‘tangki’ emosi kita.

Related posts
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more
Gaya HidupInspirasi

Pempengaruh Media Sosial Berkaliber

Di era digital serba canggih ini, media sosial bukan sahaja menjadi platform utama untuk…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *