Inspirasi

Kelas Fotografi Online Serlahkan Kreativiti

Zaman ini, memuat naik gambar di media sosial antara aktiviti ‘kemestian’ yang dilakukan hampir semua orang. Tidak mengira usia, bangsa mahupun agama.

Ada yang melakukannya sekadar hobi. Pun, ramai juga berkongsi untuk tujuan promosi dan pemasaran. Misalnya, menjual makanan, kecantikan atau perhiasan. Gambar produk penting untuk menarik perhatian bakal pembeli. Sayangnya, bisnes masih baru, mungkin tiada bajet untuk upah jurugambar profesional. Dengan adanya kelas fotografi online (secara atas talian), bukan sahaja berjaya serlahkan kreativiti. Pada masa sama, menjadi serampang dua mata yang menguntungkan.

Pendek kata, tiada bakat, ilmu secara formal mahu pun pengalaman dalam bidang fotografi bukan lagi alasan tidak mencuba. Atau ambil jalan mudah, guna gambar daripada carian Google atau peniaga lain.

Memang ada segelintir yang buat begitu, tetapi dalam apa-apa saja bidang kerjaya mahupun perbuatan, kejujuran dan kesungguhan untuk mendapat kepercayaan juga kejayaan.

Hasil Kreativiti Seperti Profesional


Lihatlah hasil kreativiti ini. Menarik, bukan. Percaya atau tidak, ini adalah gambar yang dirakam sendiri pelajar kelas fotografi online yang sebahagian besarnya menggunakan kamera telefon pintar.

Bagi mendapatkan gambar berkualiti seperti hasil kreativiti seperti seorang profesional ini, pelajar harus rajin dan bersungguh membuat tugasan yang diberikan. Selain sentiasa bersemangat untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Practice makes perfect

Apabila terus melakukan sesuatu berkali-kali, kita akan belajar melakukannya dengan lebih baik. Hasilnya juga pasti berbaloi.

Begitu juga disiplin diri yang mesti ada sepanjang mengikuti kelas fotografi online ini. Kemudian diteruskan sampai bila-bila.


“Saya minat bidang phone photography. Selalu bersemangat buat tugasan untuk asah bakat dan anggap sebagai latihan serta cabaran untuk buat lebih baik.-  Naimah Md Ludin 
Kelas Fotografi Online
“Semua task atau challenge dapat membantu menambah skill. Practice makes perfect ‘kan. Paling penting, self satisfaction melihat hasil kerja sendiri.”Arbaiah Suki

“Saya suka praktis dan terus belajar supaya hasil PhoP saya cantik, menarik. Saya tak terkesan kalau tidak terpilih sebagai pemenang tugasan atau challenge, tetapi saya sedih kalau tidak tersenarai dalam top 40. Ini bermakna hasil PhoP saya masih tak cantik dan perlu banyak belajar.” – Siti Aisah Esa

From Zero To Hero

Mengambil peluang kecanggihan teknologi dan kemodenan dunia digital, ada pelbagai alternatif untuk mendapat ilmu.

“Man Jadda WaJada” (“Barangsiapa bersungguh pasti akan mendapatkan hasil.”) “Where there’s a will there’s a way!” (“Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan – walaupun sukar.”)

Bermodalkan keinginan, semangat, usaha dan kesabaran, tiada yang mustahil. Apa-apa sahaja yang kita inginkan mampu direalisasi. Kuncinya, kesungguhan dan misi yang jelas.

Era digital ini, kelas fotografi online mulai mendapat sambutan. Misalnya, melalui kelas fotografi PhoP by Lini Mohd. Ini antara pilihan terkini buat individu yang mahu mendapatkan ilmu dan mengasah bakat dalam bidang berkenaan.

Menerusi kelas ini, ramai pelajar yang berjaya menonjolkan kemampuan dan bakat mereka dalam bidang fotografi . Walaupun belajar secara online , rata-rata pelajarnya (peserta)sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan berpandukan sokongan tip, cadangan, nasihat serta teguran yang diberi pengasasnya Lini Mohd juga daripada rakan sekelas.

Tidak hanya belajar asas fotografi, malah turut mendapat ilmu dan teknik menghasilkan gambar berkualiti seperti jurugambar berpengalaman.

Ibaratnya ‘from zero to hero‘, kini mereka mampu tersenyum puas melihat hasil usaha dan kegigihan menuntut ilmu menerusi kelas berkenaan.

Teruja Lihat Gambar Sendiri

Kelas Fotografi Online
“Alhamdulilah bertemu dengan kelas PhoP ni berbaloi baloi. Dari pic ke laut cina selatan, sekarang nampak pic macam majalah.” – Hazila Baharudin

Kelas Fotografi Online
“Saya dari zero and now, saya kenal macam mana nak hasilkan gambar yang cantik dengan menggunakan handphone… Yang penting kena ada ilmu.”- Zuerin Ismail

Kelas Fotografi Online
“Percaya tak yang gambar-gambar ni semua di ambil dengan CAMERA PHONE sahaja, awak boleh menghasilkan gambar-gambar yang superb macam ni. #phopbyLiniMohd sudi tunjuk caranya.” – Aziela Amin 

“Kalau tak mampu nak beli kamera DSLR, tapi nak tangkap gambar like a pro, joinlah kelas ni.Sebab tangkap guna handphone je. Lebih mudah dan cepat.  Tak perlu handphone canggih pun, ada cara lain yang membantu upgrade gambar korang. Seriously recommended.”- Hazirah Zaini

Fenomena Kelas Online PhoP

Menarik sekali, kelas fotografi online ini telah membantu lebih 5000 pelajar dan berjaya melahirkan ramai jurugambar baru yang mana hasil karya kreatif itu bukan sahaja memberi ilmu tambahan yang sangat berharga kepada mereka, malah membantu menambah pendapatan.

Apa yang menarik mengenai kelas fotografi online Phop?

  • Kelas sepenuhnya secara online di aplikasi Telegram.
  • Yuran hanya RM50 (setiap kumpulan).
  • Dikongsikan teknik dan tricks merakam serta mengedit gambar 100 peratus menggunakan telefon pintar.

Kata Pengasas PhoP:

Lini Mohd, Pengasas sekali gus mengelola kelas fotografi online PhoP.

Lini Mohd Kongsi Minat Dan Ilmu

“Saya memang minat dalam bidang fotografi seawal tamat sekolah. Belajar melalui buku dan blog jurugambar terkenal dari dalam juga luar negara.

“Saya juga mempunyai rakan daripada kalangan jurugambar dan banyak belajar bagaimana menggunakan kamera DSLR, selain sering mengikuti mereka mengadakan sesi fotografi sama ada di dalam atau luar studio.

“Minat itu berterusan hingga sekarang dan sentiasa membuat kajian mengenai teknik fotografi terkini terutama membabitkan smartphone camera.

“Minat itu berterusan hingga sekarang dan sentiasa membuat kajian mengenai teknik fotografi terkini terutama membabitkan smartphone camera.

“Mengelolakan kelas fotografi PhoP by Lini Mohd , saya akui, mengajar secara online banyak cabarannya. Paling utama, nak beri penerangan juga pemahaman kepada pelajar (peserta) hanya dengan nota dan voice note saya. Sebab, tahap pemahaman setiap pelajar berlainan.

“Berbanding kelas face to face, penjelasannya lebih mudah kerana ada eye contact. Kelas online memerlukan suara yang jelas dan terang. Paling penting nak buat orang percaya dengan kredibiliti saya sebagai pengajar.

“Saya tidak menafikan, di luar sana banyak bengkel fotografi. Namun, saya memandang kelebihan kelas online ini kerana kelas dilakukan pada waktu malam dan ia waktu senggang dimana pelajar mampu belajar dalam keadaan santai. Selain kelas dilakukan sebulan. Ini memberi ruang kepada mereka untuk bertanya soalan dan belajar dengan ruang masa tidak terhad.

11 Cara Cepat Belajar Bahasa Inggeris

Phop bantu pelajar jana pendapatan

“Ini tahun ke-2 kelas Phop by Lini Mohd. Alhamdulillah, kelas yang pada mulanya saya buat hanya secara percuma dan suka-suka telah menjadi satu fenomena yang agak besar dikalangan pengguna facebook khususnya.

“Asbab Phop, Alhamdulillah kami dapat melahirkan ramai phone photographer yang pada asalnya tidak mempunyai asas mengenai kamera dan bidang fotografi, kini sedikit sebanyak tahu bagaimana menggunakan smartphone camera.

“Sekali gus mampu menjana pendapatan dengan wujudnya bisnes dikalangan pelajar. Antaranya ada yang mengambil peluang membuka perniagaan dengan menjual barangan untuk photo decoration.

“Matlamat saya pada asalnya mahu melihat peniaga kita berniaga melalui iklan gambar yang cantik telah terlaksana. Ini dibuktikan dengan testimoni kami yang mengatakan mereka mampu berniaga dengan lebih baik dan seterusnya meningkatkan jumlah jualan.


“Saya sentiasa menambah baik silibus pembelajaran dan banyak tugasan baru bakal diberikan, selain tidak hanya fokus kepada fotografi produk sahaja.

“Dan, saya sangat berpuas hati serta berterima kasih kepada suami juga keluarga yang banyak menyokong projek ini. Pembabitan pelajar setiap kali diberi tugasan juga sangat memuaskan. Ramai mengambil bahagian dan mereka bersungguh melaksanakan setiap tugasan dalam setiap batch kelas.

“Dunia fotografi adalah sesuatu yang subjektif. Rakamlah gambar kerana ia memori yang perlu dikenang. Jangan berhenti berkarya. Ia bukan saja satu terapi yang baik, juga mampu menjana pendapatan lumayan yang sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi.”


Anda dapat sesuatu daripada perkongsian Kelas Fotografi Online Serlahkan Kreativiti ini?

Jika benar kita ingin mencapai sesuatu, harus tanamkan tekad dalam diri. Lakukan sebaik mungkin kerana tiada yang sia-sia dalam setiap usaha.

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada anda.

Selamat maju jaya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelas fotografi online PhoP, hubungi https://KelasPhoPLiniMohd.wasap.my

Terima kasih Erynn Anyssa atas kerjasama sepanjang melengkapkan bahan penerbitan rencana ini.

About author

Articles

Berusaha menulis dari hati, dengan harapan anda yang membaca puas hati. Jika anda rasa tulisan saya ini bermanfaat, silakan kongsi dan sebar luaskan kepada kenalan anda. Terima kasih.
Related posts
Inspirasi

Motivasi: 17 Sebab Kita Cepat Putus Asa Capai Impian

Setiap kita pastinya ada impian dan harapan yang ingin diraih. Kemudian, kita berusaha untuk…
Read more
Inspirasi

Tak Mengapa Rasa Sedih Dan Bersalah: 5 Cara Mengatasi

Pernah rasa seperti langit pun kelihatan lebih kelabu daripada biasa, dan semua benda yang kita buat…
Read more
Inspirasi

Berhentilah Overthinking: Semuanya Akan Baik-Baik Saja

Hai semua! Sihat-sihat hendaknya. Hari ini, saya mahu berkongsi tentang satu perkara yang selalu…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *