Gaya Hidup

6 Jenis Bedak Asas Mesti Anda Miliki

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, zaman ini tiada seorang perempuan yang berani keluar rumah tanpa sapuan bedak di muka.

Bedak asas umpama ‘susuk moden’ berteknologi tinggi yang mampu menyembunyikan sebarang cela, membuat wajah kusam kelihatan lebih segar dan berseri serta-merta. Mungkin ada segelintirnya yang tidak tahu atau masih keliru, mengapa ada 6 jenis bedak asas mesti anda miliki ?

Ya… Perempuan dan solekan memang tidak dapat dipisahkan. Barangan kosmetik sudah menjadi keperluan dan kemestian. Paling tidak, ada bedak asas di dalam beg tangan mereka.

Betul atau tidak?

Sebenarnya, dalam keadaan tertentu, kulit muka memerlukan lebih daripada sejenis bedak asas. Ini berdasarkan fungsi dan kegunaan setiap jenis bedak adalah berbeza.

Walaupun anda tidak suka bersolek, usah ketepikan kepentingan bedak asas. Ini bagi memastikan sapuan dan warna solekan lebih tahan lama.

Bedak asas yang diadun sempurna membantu menghalang serapan minyak, mengawal pengeluaran sebum, sekali gus memastikan solekan lebih mudah disapu pada kulit muka, tidak bersememeh dan tahan lama.

Setiap jenis bedak mempunyai fungsi berbeza dan tidak semestinya sesuai untuk semua jenis kulit. Kenali 6 jenis bedak asas yang mesti ada dalam himpunan barangan kosmetik anda.

7 jenis bedak asas mesti ada
Setiap jenis bedak asas ada fungsi tersendiri.

Anda mesti ada bedak asas ini;

Buat anda yang suka bersolek, tumpukan lebih perhatian pada langkah pertama tatarias wajah iaitu bedak asas.  Ada enam jenis bedak dan keperluannya berbeza mengikut waktu serta keadaan.

Dapatkan Tip Bagaimana Cara Menjaga Mata Agar Sihat Dan Menawan?

6 Jenis Bedak Asas Mesti Anda Miliki

Berikut ini panduan memilih bedak serta teknik sapuannya.

  1. Penyamar cela – langkah pertama agar kulit gebu dan mulus. Biasanya, dalam bentuk putar atau padat berkrim. Membantu menutup sebarang cela dan garis halus.
  2. Bedak debu – Kemasannya menyeluruh dan kelihatan semula jadi. Gunakan span gebu bagi mendapat sapuan pusam, nipis dan rata. Penggunaan berus besar pula bagi memastikan sisa bedak dibersihkan sepenuhnya.
  3. Bedak padat – Sesuai kegunaan sepanjang hari di luar rumah untuk mengembalikan kesegaran wajah. Membantu menyerap sisa minyak (punca kulit muka kelihatan berkilat dan tidak bermaya). Jika jenis kulit kering, sapu menggunakan span lembap.
  4. Bedak cecair – Sesuai untuk kegunaan di rumah. Dalam bentuk likat berkrim dan sesuai menutup cela juga garis halus. Sapu menggunakan hujung jari hantu untuk mendapatkan sapuan kemas dan rata. Tetapi, bedak ini tidak sesuai untuk kulit jenis berminyak.
  5. To-way cake – Penyelamat waktu kecemasan. Bertindak sebagai penyamar noda dan bedak asas. Boleh bertahan hingga empat jam, anda hanya perlu pedap bedak padat kering atau tekap menggunakan kertas (sejenis tisu muka) penyerap minyak untuk kembalikan kesegaran wajah.
  6. Bedak debu bronze – Membantu menaikkan seri wajah. Sekiranya perlu menghadiri majlis terus dari pejabat, anda hanya perlu menambah solekan dan sapu bedak debu bronze. Pigmen berkilat membiaskan kesan seri wajah apabila disimbah cahaya neon. Hebat, bukan!
7 jenis bedak asas mesti ada
Anda perlu memilih jenis bedak yang sesuai dengan kulit muka untuk mengelakkan sebarang masalah. Misalnya jerawat, ruam gatal dan lain-lain. Dapatkan nasihat daripada perunding kosmetik sebelum membeli.

Tip: Jangan menggunakan enam jenis bedak ini serantak. Anda pastinya tidak mahu kelihatan seperti pelakon kabuki Jepun, bukan?

Jadi, pilih salah satu atau gandingkan dua jenis bedak sahaja untuk mendapatkan kemasan diingini. Misalnya, paduan bedak asas dan bedak debu mampu memberi kesan hebat. Pastikan sapuan kemas dan pilih serasi warna kulit anda agar tidak kelihatan seperti bertopeng.

Related posts
Gaya Hidup

Resipi Jeruk Binjai

Rasanya yang masam, manis, pedas dan sedikit kenyal memang menambat selera. Jeruk memang ramai…
Read more
Gaya Hidup

“Tanpa Suami, Kami Masih Mampu Hidup!”

Dalam rancaknya dunia mengejar semua ke hadapan, pun masih ada segelintir yang bersikap dan…
Read more
Gaya Hidup

Manfaat Detok Untuk Kesihatan Badan

Mengapa tubuh memerlukan proses detok (détoksifikasi) – penyingkiran racun atau toksin…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *