Gaya Hidup

Balenciaga Hello Kitty Beg Tangan Untuk Lelaki

Hello Kitty biasanya sinonim untuk kanak-kanak dan perempuan. Tetapi, apabila digayakan lelaki, sesuaikah?

Hello Kitty – beg tangan – lelaki?

Beg tangan untuk lelaki? Kenapa tidak? 

Masalahnya, kenapa Hello Kitty? Bukankah itu simbol comel sinonim buat kanak-kanak dan perempuan?

Memang lazimnya kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak dan perempuan ‘akrab’ dengan Hello Kitty. Pemandangan itu tiada yang luar biasa, kelihatan pelik atau ‘sesuatu’.

Bagaimanapun, perkembangan fesyen dan gaya bergerak melangkaui kebiasaan juga logik akal kita. Apatah lagi masa kini, pilihan berfesyen memang sukar dijangka.

Pun, apalah salahnya tampil bergaya dengan simbol manja itu? Tubuh tegap dan perkasa, pada masa sama comel. Wow, So sweet.

Balenciaga Hello Kitty Beg Tangan Untuk Lelaki
Koleksi Balenciaga SS20 Hello Kitty Beg Tangan Untuk Lelaki

Baiklah. Cuba bayangkan, seorang lelaki bertubuh sasa berjalan penuh gaya dan keyakinan di khalayak ramai bersama Hello Kitty di tangan? Dan anda, pasangannya. Pemandangan itu sangat wow, bukan?

Ya. Segala tidak mustahil dalam dunia fesyen hari ini. Pelik tetapi itulah yang biasanya ditampilkan di pentas peragaan.

Bagaimana Tampil Bergaya Dengan Palazzo Polos?

Buat pertama kali, jenama terkenal Balenciaga memperkenalkan koleksi unik untuk lelaki ini di pentas penuh gaya Paris Fashion Week (Spring/Summer) 2019.

Barisan model tampil memperagakan koleksi Balenciaga SS20 Hello Kitty Beg Tangan Untuk Lelaki  ini dengan gaya tersendiri.

Manakala seluar biker dan sneakers digayakan bagi menyerlahkan sisi maskulin mereka. Sekali gus berjaya mencuri tumpuan ramai di pentas peragaan terkemuka itu.

Anda macam mana? Berani menggayakan beg tangan begini ketika di khalayak ramai? Atau pun, beli sepasang dan gayakan bersama. Rasanya, comel tak?

Hmmm… Boleh cuba. Kalau kena cara dan gayanya, tak salah, bukan?

Related posts
Gaya Hidup

6 Rahsia Cipta Ilusi Ruang Kediaman Luas, Selesa

Mahu ruang kediaman kelihatan luas, selesa dan kemas? Banyak cara untuk mewujudkan suasana yang…
Read more
Gaya Hidup

Berhenti Bertengkar. Ini 3 Cara Cari Titik Keserasian

Perkahwinan adalah perkongsian hidup dua individu berbeza. Terutama sikap, cara hidup dan pemikiran.
Read more
Gaya Hidup

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Anda penggemar Kuey Teow? Tetapi sudah biasa makan Kuey Teow Sup, Hailam atau Ladna? Bosan dan mahu…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *