Teknologi digital serba canggih dan moden. Memang rugi jika tidak dimanfaatian sebaik mungkin.
Zaman ini, telefon pintar semakin moden dan banyak pilihan. Memang sesuai dengan gaya hidup masa kini. Apatah lagi dengan perkembangan dan kecanggihan capaian media sosial tanpa sempadan, sangat rugi tidak rakam momen bersama keluarga tercinta.
Setiap kita pastinya ada momen bermakna dalam hidup, bukan. Dengan adanya telefon pintar yang moden juga pelbagai aplikasi menarik, tikdak kira orang biasa, VIP atau selebriti, semuanya bagaikan berlumba merakam gambar untuk dikongsi kepada umum sekali gus sebagai kenangan.
Tidak terkecuali bagi pelakon dan pengacara Hanis Zalikha. Dari zaman anak dara hingga kini beranak dua, selebriti cantik ini sentiasa sentiasa meluangkan masa berkongsi perkembangan terbaharu juga aktiviti keluarganya di media sosial.
Isteri kepada kepada pelakon Hairul Azreen ini ada alasan sendiri mengapa dia gemar merakam gambar khususnya aktiviti membabitkan keluarganya.
Nadzmi dan Ardell Dari Friendzone Ke Jenjang Pelamin
Ini Sebabnya Rugi Tak Rakam Momen Bersama Keluarga
“Kadang-kadang kita terlupa atau tak kuasa nak bergambar. Tak nak nampak beria kan. Tapi sayang sangat-sangat kalau tak abadikan sesuatu memori yang takkan dapat balik.
“Dulu parents kita pun rajin tangkap gambar kita membesar, hujung minggu pergi cuci kodak saiz 4r dekat kedai camera, hasilnya dapat simpan sampai sekarang!
“Kita pun dapatlah gambaran suasana kita dibesarkan dan kenangan yang parents kita ciptakan. Tapi zaman kita ni ada cameraphone dah senang sangat, kalau tak berusaha tangkap gambar juga tak taulah.
“Dan para suami, time isteri dah bersiap rapi tu tolonglah snap snap. Memang jarang sangat kami mak-mak ni tak serabai, so please.” tulis Hanis dalam satu hantaran di akaun Instagramnya @haniszalikha.
Jika dilihat daripada semua perkongsiannya di akaun berkenaan, memang Hanis rajin dan suka rakam momen bersama keluarga nya.
Rata-rata netizen bersetuju dengan tulisannya itu, malah turut tag pasangan masing-masing sebagai ‘peringatan’.
Ya, dengan adanya pelbagai pilihan telefon pintar, kini cukup mudah dan bebas untuk kita merakam momen bersama keluarga tersayang. Inilah masanya untuk mengabadikan waktu bersama buat kenangan masa depan.
Galeri telefon penuh dengan gambar bersama keluarga, itu perkara biasa. Simpan sebaik mungkin, kelak anak sudah dewasa dan kita juga bertambah usia, itulah yang menjadi kenangan bersama.
Cuba lihat gambar Hairul bersama dua cahaya matanya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah . Momen ini pastinya akan menjadi kenangan yang sangat berharga suatu hari nanti. Jadi, memang rugi tak rakam momen bersama keluarga tercinta.