Gaya Hidup

Kempen Kesedaran Dan Sokongan Masalah Inkontinens

TENA Malaysia dan Yayasan Continence of Malaysia (CFM) bekerjasama dengan pereka terkenal Malaysia, Dr Eric Leong untuk memperkenalkan idea pembaikan rumah bagi penjaga kepada ibu bapa bermasalah kencing tidak terkawal (Inkontinens). Dari kiri ke kanan: Pn Norhayati Sulaiaman, Pakar Urologi dan Presiden CFM Dr Peter Ng, Pengurus Pemasaran, Vinda Malaysia, Debby Ho dan Dr Eric Leong.

TENA melancarkan Kempen Sentiasa Denganmu Mak Abah di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Kita Lebih Selesa. Ini bagi meningkatkan kesedaran dan sokongan kepada anak yang menjaga ibu bapa menghadapi masalah Inkontinens.

Anda pernah dengar mengenai Inkontinens?  Inkontinens adalah keadaan apabila seseorang itu gagal mengawal kencing. Walaupun masalah Inkontinens tidak mengancam nyawa, terdapat pelbagai salah tanggapan pada masalah ini. 

Ramai percaya, hanya golongan tua sahaja akan mengalaminya. Kencing tidak terkawal sebenarnya bukan satu penyakit tetapi  simptom penyakit lain yang lebih serius. 

Disebabkan kurangnya kesedaran, ramai yang enggan mendapatkan rawatan dan memilih untuk mendiamkan diri kerana rasa malu.

Masalah Inkontinens boleh menjejaskan mereka yang berusia 20 tahun – dianggarkan satu dalam tiga wanita lebih 40 tahun dan satu dari 10 lelaki berusia lebih 65 tahun mengalami inkontinens.

Menyedari keadaan ini, TENA, Pakar Yang Memahami dan Yayasan Kontinens Malaysia baru-baru ini melancarkan Kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Kita Lebih Selesa’.

Ini bagi mengalakkan anak-anak agar lebih peka dengan perkara kecil yang boleh dilakukan. Selain dapat memainkan peranan aktif dalam memahami cabaran yang dihadapi ibu bapa terutama apabila ada mengalami masalah inkontinens. 

Kempen ini menawarkan cadangan praktikal daripada pakar mengenai penjagaan betul menerusi pengurusan dan pengubahsuaian mudah di rumah.

Ini bagi membantu ibu bapa yang semakin tua berasa lebih selesa, selain mengurangkan risiko terjatuh. 

Kempen Kesedaran Dan Sokongan Masalah Inkontinens
Bagi mengalakkan anak agar lebih peka dengan perkara kecil. Selain memainkan peranan aktif dalam memahami cabaran yang dihadapi ibu bapa.

Bantu tingkatkan kesedaran

Masalah Inkontinens menjejaskan 1.4 juta rakyat Malaysia dan dianggarkan meningkat sebanyak 4.5% setiap tahun. Namun begitu, kajian menunjukkan 69% daripada mereka tidak mendapatkan bantuan disebabkan stigma sosial dan sebahagian besarnya berasa malu.

“Mereka yang mengalami inkontinens masih dapat terus menjalani kehidupan aktif. Kesedaran perlu ditingkatkan agar keadaan ini dapat diurus secara berkesan serta mendapat sokongan orang ramai, terutama  anggota keluarga,” kata Pengurus Pemasaran, Vinda Malaysia, Debby Ho.

Mata sihat dan cantik? Bagaimana Cara Menjaga Mata Agar Sihat Dan Menawan?

Tambahnya lagi, ibu bapa memang tidak berniat menyusahkan anak. Ada yang segan untuk membangkitkan topik sensitif seperti inkontinens kepada anak. 

Kempen Kesedaran Dan Sokongan Masalah Inkontinens
TENA Pants (seperti seluar dalam) yang boleh menyerap cecair. 

TENA Pants

TENA membekalkan idea dan sokongan yang mudah serta praktikal kepada anak bagi membantu ibu bapa berasa lebih selesa, terutama di rumah, tanpa menyinggung perasaan mereka. 

Selaras dengan ini, TENA bekerjasama dengan beberapa pakar dalam menyediakan penyelesaian holistik termasuk idea pengubahsuaian mudah di rumah dan penyelesaian produk, seperti TENA Pants.

TENA Pants ini membantu mengekalkan maruah diri dan kebebasan dalam menikmati usia emas tanpa rasa takut mahupun malu.

“Inkontinens adalah masalah biasa, menjejaskan kira-kira 50 peratus orang tua. Ini memberi impak kepada kualiti kehidupan mereka dalam banyak cara, seperti terperuk di rumah dek rasa segan atau kekerapan berulang alik ke tandas. 

“Disebabkan mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah, penting untuk mengelakkan ibu bapa kita daripada terjatuh mahupun tersungkur. Ini boleh membawa banyak komplikasi seperti kesulitan untuk pulih, serta risiko lain,” jelas Dr Peter Ng, Pakar Urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia.

Idea demi keselesaan ibu bapa

Di samping menggunakan TENA Pants, idea pengubahsuaian rumah yang mudah juga dapat memberi impak besar memandangkan ibu bapa kita banyak menghabiskan masa di rumah. 

Turut menyokong kempen ini, pereka terkenal Malaysia Dr Eric Leong yang akan berkongsi beberapa idea pengubahsuaian rumah secara berperingkat di laman Facebook TENA (www.faceboook.com/ TENA.Malaysia) dan laman web TENA (www.tena.com.my).

Ini salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk ibu bapa kita adalah membantu mengekalkan kebebasan mereka. Idea pengubahsuian di kamar tidur, bilik mandi dan ruang tamu dapat memudahkan pergerakan mereka dengan selamat.

Selain idea pengubahsuaian rumah bagi keselesaan ibu bapa kita, kempen ini turut menyediakan sumber pendidikan lain menerusi laman web TENA.

Di laman web ini, e-Buku Panduan Caring 101 boleh dimuat turun dan sampel produk yang boleh dipohon secara online.

Related posts
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more
Gaya HidupInspirasi

Pempengaruh Media Sosial Berkaliber

Di era digital serba canggih ini, media sosial bukan sahaja menjadi platform utama untuk…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *