Gaya Hidup

Nadzmi dan Ardell Dari Friendzone Ke Jenjang Pelamin

Akhirnya, sampai jodoh bersama. Nadzmi dan Ardell Dari Friendzone Ke Jenjang Pelamin.

Dengan sekali lafaz, sahlah pasangan selebriti popular ini sebagai suami isteri. Di atas pelamin indah, duduk bersanding bersaksikan keluarga, saudara dan rakan taulan.

Nadzmi dan Ardell ikat janji hidup bersama

Ya. Akhirnya, bersatu juga pasangan ‘sahabat baik’ ini dalam ikatan lebih bermakna. Benarlah, kalau sudah jodoh, tak akan ke mana. Dahulu kawan baik, sekarang kaulah suri hatiku. Dahulu dalam friendzone, sekarang naik pelamin bersama.

Siapa sangka, setelah lapan tahun hubungan mereka ‘diletakkan’ dalam frienzone,  Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana sepakat mengikat janji hidup bersama sebagai suami isteri.

Menyerahkan mas kahwin RM300 dan hantaran senaskah al-Quran, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi sah menjadi Ardell atau nama penuhnya, Nurul Hidayah Mohd Amin.

Jelas terpancar seri kebahagiaan dan gembira di wajah pasangan pelakon ini. Tulis Nadzmi dalam kapsyen gambar perkahwinannya; And so, i married my best friend ❤️ Alhamdulillah. Terima kasih atas doa doa baik kalian 😘 #AdhwArdell

Penantian bermakna – dari friendzone ke jenjang pelamin

Ramai (khususnya pengikut setia) sedia maklum keakraban pasangan ini. Mereka sering bersama dan kerap memuat naik gambar berdua di media sosial termasuk akaun Instagram

Nak kekal bahagia bersama selamanya? Ini 7 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Hingga Ke Syurga

Walaupun tidak menyatakan secara terus-terang perasaannya berkait hubungan mereka, tetapi melalui kapsyen-kapsyen yang sering dimuat naik Nadzmi jelas menggambarkan perasaan istimewanya kepada Ardell.

Pasangan ini dinikahkan Imam Masjid al-Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz pada 1 September 2019, jam 5.30 petang, dengan dihadiri kira-kira 500 tetamu dan saudara terdekat.

Alhamdulillah. Tidak sia-sia  penantian dan kesabaran Nadzmi demi memiliki gadis idamannya. Ya, siapa kata kawan baik atau kawan tetapi mesra tidak boleh berubah ke status suami isteri.

Nadzmi dan Ardell membuktikan dari friendzone ke jenjang pelamin bukanlah mustahil.

Tahniah Ardell dan Nadzmi, didoakan kekal bahagia hingga ke Syurga-Nya. Amin.

Related posts
Gaya Hidup

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Anda penggemar Kuey Teow? Tetapi sudah biasa makan Kuey Teow Sup, Hailam atau Ladna? Bosan dan mahu…
Read more
Gaya Hidup

Anak Selalu Tantrum? 5 Cara Elak Anak Mengamuk

Benar, cuba menenangkan anak yang sedang menjerit dan mengamuk tanpa henti bukan mudah. Anak…
Read more
Gaya Hidup

Ini 7 Rahsia Pikat Pasangan Yang Mesti Anda Cuba

Hubungan yang kekal harmoni, bahagia dan penuh kasih sayang pastinya menjadi harapan serta…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *