Inspirasi

Cikgu Ina Tidak Kedekut Kongsi Resipi

Cikgu Ina Tak Kedekut Kongsi Resipi
Pengasas Red Houze Bakery Azlina Ina

Mengapa perlu takut untuk kongsi resipi yang kita gunakan? Orang yang percaya rezeki itu tidak pernah salah tuan, pasti tidak kedekut untuk berkongsi dengan orang lain.

Begitulah kata-kata yang sesuai untuk menterjemahkan prinsip yang dipegang usahawan produk manisan ini. Buat dan jual. Pada masa sama, tidak lokek kongsi resipi juga cara membuatnya dengan orang lain.

Walaupun menjalankan perniaagaan kek dan biskut, namun tidak menghalang Azlina Sukardi atau lebih dikenali dengan sapaan Cikgu Ina untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimilikinya.

Mempunyai 348,774 ribu pengikut di akaun facebook Azlina Ina dan 920,768 (Azlina Ina Fans), Cikgu Ina yang sempoi ini memang dikenali ramai.

Bukan saja kek dan biskut jualnya tular, resipi yang sering dikongsi turut mendapat perhatian masyarakat khususnya suri rumah dan peniaga produk manisan. 

Kongsi rezeki

Sikapnya yang tidak kedekut ilmu dan kesediaan kongsi resipi membuat Cikgu Ina cukup disenangi ramai pengikutnya. 

Tidak sekadar itu, ada ganjaran lebih besar yang diterima hasil perkongsiannya (hampir setiap minggu) berkenaan selain permintaan terhadap jualan keknya mendapat sambutan hangat. Resipi yang dikongsinya itu turut memberi manfaat kepada insan lain apabila menggunakan untuk mendapat pendapatan keluarga.

Antara ‘Kek Viral’ buatannya dibawah jenama By Red Houze Bakery Azlina Ina yang menjadi pilihan ramai termasuklah Pandan Cheese Leleh, Mangga Cheese Leleh Viral, Indulgence Cheese Viral, Kek Coklat Karamel Cheese, Kek Batik Indulgence Cheese Bake Viral, Red Velvet Clasic Cheese Leleh dan Kek Cheese Leleh Kopi Tiramisu.

Semangat jadi inspirasi

Ketabahan dan kecekalannya menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dalam bidang perniagaan sejak enam tahun lalu juga menjadi sumber inspirasi kepada pengikut setianya. 

“Siapa kata home made bakers tak boleh jadi jutawan? Siapa kata? Siapa kata? Cikgu dah buktikan. Cikgu adalah home bakers, tak penah pergi kelas, tak pernah pinjam apa-apa perbadanan, NGO atau kerajaan untuk bukak bakery.

“Tengok production cikgu untuk satu hari? Suntik balik semangat korang. Cikgu ambik keputusan suruh suami berhenti kerja dan kerja dengan cikgu sebab cikgu nak ubah jalan hidup yang sederhana jadi hebat. Kena korban sesuatu untuk dapat sesuatu,” antara kata-kata semangat yang ditulis Cikgu Azlina dalam satu hantaran di facebook Azlina Ina Fans.

Cikgu Ina Tak Kedekut Kongsi Resipi

“Cikgu tak jemu delivery kek sampai tengah malam. Korang kenapa lemau? Go, bangun. Kita boleh ubah hidup. Tak mahu patah semangat. Kita semua adalah manusia yang sama dan berdiri atas bumi yang sama. Yang membezakan kita adalah semangat dan usaha.”

Hebatnya Cikgu Ina, bukan. Semoga akan lahir lebih ramai lagi insan berhati emas sepertinya. Berkongsi rezeki tidak membuat kita miskin, sebaliknya hidup tambah berkat dan penuh rahmat-Nya. Insya-Allah.

Related posts
Inspirasi

Kenapa Kita Mudah Judgmental?

Kita adalah apa yang kita fikirkan… Setuju? Ok, saya sebenarnya hendak sembang sikit mengenai…
Read more
Inspirasi

"Wow! Cantik Sangat Kek Marble Ni. Sayang Nak Potong."

Sekali pandang, Kek Marble Jelita ini bagaikan bantal hiasan empuk. Indah diserikan bunga ros…
Read more
Inspirasi

Jika Dipaksa Hati Akan Terus Sakit

Hidup ini sukar dan melelahkan jika yang kau usahakan adalah untuk memuaskan hati orang lain. Tidak…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *