Lensa 360

Rumah Botol Jadi Daya Tarikan Kampung Penarik

Ya, ada apa di Rumah Botol Tok Ki? Itu yang Aku hendak sangat tahu. Selain rasai sendiri pengalaman masuk ke dalam rumah yang dikatakan unik ni.

Setahun lepas tular fasal Rumah Botol di kampung Penarik, jadi Aku pun tak ketinggalan ke sana untuk melihat apa yang menariknya ‘Rumah Botol Viral’ ni. Jadi, Aku pun mencari info tentang galeri botol ni di Internet. Banyak juga infonya, cuma, Aku tak jumpa secara tepat di mana sebenarnya lokasinya.

Kebanyakan info Aku dapat mengatakan di Kampung Penarik, Setiu, Terengganu. Tetapi lokasi tepatnya tidak diketahui dengan jelas. Jadi, Aku buat keputusan untuk redah saja. Sampai di Kampung Penarik, Aku tercari-cari landmark  yang menunjukkan ke Rumah Botol ni. Sayangnya, tidak kelihatan.

Rumah botol
simpang masuk
Rumah Botol
landmark

Aku pun ambil keputusan untuk mengikuti sebuah kereta berplate KL yang Aku agak dia pun hendak pergi ke tempat sama. Rupa-rupanya sangkaan Aku betul. Tak sampai lima minit dari simpang yang Aku masuk awal tadi, sudah pun sampai ke Rumah Botol Tok Ki yang dicari. Kebetulan sekali, mereka itu saudara kepada pemilik rumah botol berkenaan yang datang menziarah. 

Nama pemilik rumah botol ni Tengku Mohd Ali Mansur, tetapi lebih mesra dengan sapaan Tok ki. Lelaki berusia 75 tahun ni peramah orangnya. Rancak dia bercerita bagaimana dia mula-mula menggumpul kole (mug) masa dia bekerja sebagai pelayan di hotel di sebuah pusat peranginan pada tahun 70-an.

Selepas Tok Ki balik ke kampung pada 2005, dia tengok banyak sangat botol pecah di sekitar kawasan pantai. Dengan niat hendak beri galakkan kepada anak-anak muda kampung supaya jaga kebersihan pantai, Tok Ki suruh mereka kumpul botol yang dijumpai itu dan hantar ke rumahnya dengan bayaran upah 5 sen (botol kecil) dan 10 sen untuk botol besar.

Kata Tok Ki, sampai sekarang dia masih suka mencari botol di sekitar kawasan pantai. Walaupun pada peringkat awal tujuannya kumpul botol ni untuk memberi kesedaran kepada anak-anak muda supaya menjaga keindahan pantai dan tidak membuang botol sewenang-wenangnya terutama botol kaca. Sekarang, hasil usahanya itu meluas menjadi daya tarikan pelancong di Kampung Baru, Penarik.

Nasihat dari Tok Ki

Puas dapat tengok dan pegang koleksi botol di sini. Pada masa sama, banyak betul nasihat berguna yang Aku dapat sepanjang bersembang dengan Tok Ki. Antaranya, Tok Ki pesan supaya ajar diri kita supaya buat satu hobi yang boleh membina diri. Dalam kata lain, minat yang bermanfaat kepada diri kita dan masyarakat.

Oh ya, selain mengendalikan rumah botol ni, Tok Ki juga ada menternak Lebah dan Kelulut untuk mendapatkan madunya. Sebab itu, kita dapat tengok banyak pokok-pokok bunga di tanam di sekeliling rumah ni. 


Tak rugi datang

Kesimpulannya, sepanjang hampir tiga jam berada di dalam galeri unik ini, Aku rasa memang tak rugi datang berkunjung ke Rumah Botol Tok Ki ni. Tambah lagi, Tok Ki memang ramah dan suka bercerita. Bukan saja dapat dengar banyak cerita menarik di sebalik botol-botol yang dikumpulnya. Warga emas berjiwa besar dan patriotik ini memang seronok diajak berbual.

Pengetahuannya tentang sesuatu perkara juga agak mengkagumkan terutama mengenai ilmu agama. Alam mistik juga kehidupan sebagai manusia di bumi bertuah ini.

Jadi, Aku memang cadangkan kalau ke Setiu, Terengganu, jangan lupa datang singgah ke Rumah Botol Tok Ki yang ada daya tarikan tersendiri ni. Memang berbaloi.

**Tulisan dikongsi Man Zelan yang berkunjung ke Rumah Botol Tok Ki baru-baru ini.

N 5˚36’37.397 E 102˚48’30.222

344, Jalan Kampung Penarik

Related posts
Lensa 360

Pitas: Permata Sabah Yang Semakin Berkilau

Oleh: Irfan Abdul Tanda arah di Puncak Bukit Piniapat Anda mungkin tahu mengenai kisah yang…
Read more
Lensa 360

Orang Jerman Yang ‘Civic Minded’ Dan Beradab

Oleh: Khairolizam Muhaidi Georg Wagner/Deutsche Bahn AG Jerman ini unik dan masyarakatnya…
Read more
Lensa 360

Pengalaman Mengujakan Tangkap Ketam Nipah Di Kampung Sungai Mulia

Baru-baru ini, saya berkesempatan ke pasar pagi Kota Jembal (Kedai Lalat), Kota Bharu, Kelantan. Ada…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Gaya Hidup

Selesa Dan Mempesona Di Bagasta Boutique Hotel

Worth reading...