Inspirasi

Rahsia Halimah Shuib Kekal Sihat Dan Masih Bergaya

Penampilan dan susuk tubuh Pengasas Jamu Mak Dara kelahiran Rengit, Batu Pahat, Johor ini masih ‘mengancam’. Siapa sahaja yang melihatnya, pasti kagum.

Mata kami terpesona melihat susuk tubuh Halimah Shuib, 71, yang ‘maintain‘ dan tidak kalah seperti orang muda.

Tinggi lampai, tertib tetapi pada masa sama, ramah orangnya. Penampilan Ibu Halimah ketika ditemui cukup mengundang keterujaan, apatah lagi apabila anggun berkebaya bersama sepatu tumit tinggi. Kesannya, sangat wow!

Baca: 8 Manfaat Makan Pisang Setiap Hari

Halimah Shuib dedah rahsia

Lebih mengkagumkan, sama ada di rumah atau majlis keramaian, bekas Ratu Kebaya (sebanyak 14 kali) ini sentiasa tampil bergaya walaupun pada usia senja.

Menurut Halimah, atau lebih mesra disapa ‘Ibu’, tidak sukar untuk mengkekalkan bentuk badan dan kesihatan diri.

Istimewa buat semua pembaca kami, Ibu sudi mendedahkan rahsia penjagaan kesihatan dan kecantikan yang diamalkan sejak usia muda.

Ingin sihat dan cantik seperti Ibu Halimah, ikuti rakaman eksklusif mengenai penjaga kesihatan dan penampilan diri.

Kesihatanmu, kecantikanmu

“Setuju atau tidak, jika Ibu katakan kejelitaan seorang wanita bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jika bergantung kepada alat solekan semata-mata, tidak mencukupi. Kecantikan yang sebenarnya datang dari dalam diri.”

Baca: Manfaat Detok Untuk Kesihatan Badan

Halimah Shuib Dedah Rahsia Kekal Sihat Dan Masih Bergaya

Ikuti video-video lain di saluran youtube kami di Gaya 360

Related posts
Inspirasi

Mengapa Kita Perlu Berhenti Overthinking?

Hai semua! Sihat-sihat hendaknya. Hari ini, saya mahu berkongsi tentang satu perkara yang selalu…
Read more
Inspirasi

5 Sebab Gagal Lepaskan Cinta Lama Dan Move On

Dalam setiap kisah cinta, banyak ceritanya. Dari bahagia hingga ke tragedi yang melukakan…
Read more
Inspirasi

Jika Dipaksa Hati Akan Terus Sakit

Hidup ini sukar dan melelahkan jika yang kau usahakan adalah untuk memuaskan hati orang lain. Tidak…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *