Kemurungan, apa yang anda tahu dan faham mengenainya? Sejenis masalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu berasa sedih berpanjangan, keletihan dan tidak bertenaga. Selain cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.
Sekarang ini, semakin banyak kedengaran masyarakat bercakap mengenai masalah kemurungan atau depresi. Ini bukanlah penyakit baru, sudah lama melanda dunia termasuk negara kita, Malaysia.
Penyakit gangguan perasaan ini boleh dihadapi sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Masalah ini boleh berterusan hingga berbulan atau bertahun. Menakutkan, bukan?
Tanda dan gejala kemurungan
- Berlaku gangguan perasaan. Kesedihan atau “kekosongan”yang berpanjangan
- Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti
- lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
- Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
- Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
- Perasaan bersalah
- Rasa diri tidak berguna
- Tidak hanya membabitkan gangguan perasaan. Bermasalah tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
- Hilang selera makan dan penurunan berat badan
- “Rasa lebih baik mati”, kadang kala disertai percubaan
- bunuh diri
- Rasa tidak tenteram dan mudah marah
- Kurang daya tumpuan dan ingatan
- Sukar membuat keputusan
- Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan
- gangguan penghadaman
- Kurang nafsu untuk bersama pasangan
- Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
- Mudah cemas atau fobia
* Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Wanita ini kongsi 24 cara untuk memotivasikan diri hingga berjaya dapat bangkit sepenuhnya
Tiada siapa pun yang mahu dilanda masalah ini, tetapi dugaan dan ujian Tuhan diluar kawalan kita. Pun begitu, sebagai hamba-Nya kita harus berusaha dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan hidup.
Wanita ini misalnya, tetap cekal dan berjiwa besar dalam menghadapi ujian hidup yang begitu mencabar. Biarpun tidak mudah, tetapi berkat doa, yakin dan usaha serta sokongan daripada keluarga, dia kini bebas daripada cengkaman kemurungan.
Berikut ini 24 cara bagaimana dia memotivasikan diri hingga berjawa bakit dan pulih sepenuhnya daripada masalah kemurungan.
“Saya tahu, anda juga mampu keluar dari dunia yang gelap tu. “Ini antara yang selalu buat saya bangkit semula satu ketika dahulu. Saya sembuh sepenuhnya daripada depression dan anxiety.” kata Perunding Pendidikan ini dalam satu perkongsian berkenaan kemurungan menerusi akaun facebooknya, , Syahirah Omar .
1. Saya berusaha keluar dari depression kerana saya penat untuk meminta orang fahami saya. Saya yang mesti BERUBAH.
2. Imagine hayat anda setakat hari ni, dengan apa yang kita bawa ini membantu kita ke Jannah? Allah nak sesuatu daripada kita.
3. Jika anda juga mahu ke Jannah, anda rasa ahli syurga lain goyang kaki semasa hayat di dunia? Ujian mereka Besar.
4. Anda menangis, meraung, menengking, mengamuk depan anak? Please create memory yang indah buat anak. Jom bangkit!
5. Untuk minta orang fahami keadaan anda, anda kena faham satu perkara. Orang lain pun stress dengan ujian mereka.
19 Cara Bina Keyakinan Diri
6. Anda minta orang fahami anda? Sampai masa sabar manusia ada batasnya. Suami pun naik depressed sama!
7. Anda tidak akan sihat selagi anda salahkan orang lain, berdendam dan tidak belajar memaafkan.
8. Anda sentiasa ibarat tikus belari di dalam roda jika anda tidak mencari solusi untuk root cause anda. Never ending.
9. Cari Root Cause (punca masalah kemurungan anda). Belajar memaafkan, menerima ujian dan let go apa yang anda hold di hati. Ubat saja tidak membantu.
10. Anda tidak akan sihat selagi mana anda rasa semua orang zalim. Anda positive, orang lain akan berubah fahami anda.
11. Ujian Allah itu penuh hikmah. Apa yang kita lalui adalah gutru terbaik buat kita. Allah tak kejam.
12. Anda depressed sehingga memukul menengking anak? Keturunan anda akan ulangi cara anak cucu dibesarkan.
13. Jika anda rasa seperti tidak mahu teruskan kehidupan, tanya diri anda, “What is the main purpose of life?” Jannah.
14. “Hidup aku lagi susah dari kau” – Ini bukan pertandingan siapa lagi susah. Cari solution bukan asyik mengenang nasib.
15. Ujian Allah beri tanda Allah mahu sesuatu daripada kita. Tanda Allah masih ingat, masih sayang.
16. Anda sedih Allah tak beri apa anda mahu dan rancang? Itulah kehidupan. Allah tahu apa yang terbaik untuk anda.
17. Anda cakap benda yang positive kepada diri, maka anda akan jadi apa yang anda sebut. Begitu juga sebaliknya.
5 Sebab Gagal Lepaskan Cinta Lama Dan Move On
18. Anda asyik ulang cerita kesedihan anda lalui kepada orang lain? Anda tidak akan berubah. Fokus pada solution bukan cerita yang lepas.
19. Anda rasa orang sukar fahami anda? Perbaiki cara komunikasi (minta dibantu bukan memberi arahan).
20. Jika anda buntu untuk mencari solusi, minta bantuan daripada orang yang anda percaya dan neutral. Bukan spesis membawang.
21. Malas untuk buat apa saja? Setkan goal and plan apa untuk buat esok hari. Tulis… Tulis… Tulis. Sebut… Sebut… Sebut.
22. Rasa diri loser? Anda hebat sejak hari pertama lahir ke dunia. Anda pilih untuk rasa, bukan Makcik Senah pilihkan.
23. Masalah dengan orang terdekat? Muhasabah diri, minta Allah tunjukkan jalan. Allah Maha Mendengar.
24. Bersyukur dengan segala nikmat Allah beri (masih bernafas, sempurna akal, fikiran dan keluarga).
Semoga perkongsian daripada Syahirah ini dapat membantu mereka yang sedang bergelut dengan permasalahan sama.