Review

5 Sebab Kenapa Anda Mesti Cuba Set Nasi Ganja Shukri

Menu istimewa dengan cita rasa tersendiri ini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Disajikan bersama kuah campur, sayur bendi, telur rebus, cili hijau dan hirisan limau nipis, keenakannya pasti membuat anda terkenang-kenang.

Warung Nasi Ganja Shukri atau dikenali pengunjung sebagai Nasi Ganja Shukri ini beroperasi sejak tahun 2016 dan terus mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat juga masyarakat luar kawasan.

Pemilik Warung Nasi Ganja, Chef Shukri memang suka dan gembira apabila tengok pelanggan makan sepuas-puasnya. Pendek kata, layanannya cukup mesra, ramah dan cepat. 

Paling penting, bahan berkualiti yang digunakan untuk memasak lauk-pauk membuat kita berasa cukup berbaloi menikmatinya. Makanan sedap, tokey warung peramah dan harganya mampu bayar pasti membuat siapa sahaja puas hati. Setuju?

Buah Asam Kandis Menggamit Memori

Warung Nasi Ganja

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Sudah dengan komen mereka yang telah mencubanya? Pastikan anda juga tidak ketinggalan, memang rugi kalau tidak rasa sendiri. Bak kata pepatah, “tak kenal maka cinta”. Apabila sudah kenal terus jatuh cinta dan rindu-rinduaan.

Begitulah hebatnya penangan masakan istimewa daripada Chef Shukri.

Menu Set Nasi Ganja:

Nasi Ayam Goreng, Nasi Kurma Ayam, Nasi Ayam Merah Kedah, Nasi Daging Hitam dan Nasi Gulai Kawah Kedah = RM8

Manakala Nasi Kari Kambing dan Nasi Kurma Kambing= RM12

Warung Nasi Ganja, No 4 Jalan Nafiri 11/5C, 40000 Shah Alam

Waktu perniagaan: 7am – 1pm (Tutup Isnin).

Tel: 016-2169581

FB warung nasi ganja

“Wow! Cantik Sangat Kek Marble Ni. Sayang Nak Potong.”

Editor's Rating & Review

80%

Mesti Cuba

Positives

  • +• Nasi tambah – isian percuma
  • +• Air RM2 – isian percuma
  • +• Kuah – isian percuma
  • +• Nasi memang banyak, penuh pinggan. Semuanya sebab Chef Nasi Ganja Shukri memang suka dan gembira apabila tengok pelanggan makan sepuas-puasnya. Pendek kata, layanannya cukup mesra dan cepat. Lauk-pauk sedap, mengenyangkan dan amat berbaloi.

Negatives

  • -• Kurang selesa, tempat makan dalam kawasan taman perumahan.
  • -• Tempat letak kereta terhad.
  • -• Lauk boleh tambah ( tapi kena bayar)
80%