Gaya Hidup

Himpunan Pesona Syawal Amin Jauhary

Tatkala Ramadan berlalu pergi, datang Syawal menyinari hari. Gadis manis duduk santun menanti tetamu datang bertandang di pagi Aidilfitri. Angun berbusana indah, menyerlah pesona dan keayuan tersendiri.

Pantas sekali masa berlalu, Ramadan penuh berkah bakal tiba tidak lama lagi. Disusuli pula Syawal yang mulia. Bagi kebanyakan pereka fesyen tempatan, inilah masanya untuk menampilkan kelainan dalam rekaan koleksi Syawal mereka. Pada masa sama, masih mengekalkan tradisi Melayu.

Sama seperti rakan kreatif lain, pereka fesyen tersohor Amin Jauhary yang berpengalaman 15 tahun dalam perniagaan pakaian ready to wear tidak terkecuali melancarkan koleksi pakaian raya terbaharunya berkonsepkan kontemporari dan sesuai untuk wanita berhijab.

Himpunan Pesona Syawal Amin Jauhary
SOLEKAN ZAZARINA (VEE MUHAMAD / 012-343 0229)

Baca:8 Cara Bagaimana Jaga Mata Agar Sihat Dan Menawan?

Color Block

Mempertaruhkan tema color blocking, Syawal ini Amin menawarkan pilihan busana warna-warni terdiri daripada warna emas, biru, dan hijau serindit. Selain kuning, jingga dan merah dalam himpunan koleksi Aidilfitri 2015.

“Koleksi Syawal ini hadir dengan rekaan ringkas dan praktikal. Memang sangat sesuai dan selesa untuk dijadikan sebahagian daripada koleksi busana raya kepada penggemar rekaan saya.

“Selain penggunaan fabrik sifon, ada pilihan baju tradisional corak batik yang dilukis khas dengan rona segar dan moden,” kata Amin mengenai koleksi istimewa rekaannya ini.

SOLEKAN SYAREHAN (CIK YIP / 017-672 5354)

Baca: 4 Cara Suai Padan Warna Dan Corak Elak Tampil Pelik

Suntik Aura Gadis Melayu

Biarpun batik sudah lama diperkenalkan, keceriaan warna dan corak yang sentiasa baharu, membuat ia tidak lapuk dek hujan, tak makan dek zaman.

Jadi, Syawal ini pasti lebih berseri dengan sepasang batik eksklusif membaluti tubuh. Sekali gus menyuntik aura gadis Melayu yang teguh memegang adat tradisi.

Istimewa penampilan hari raya ini, setiap busana yang ditawarkan merangkumi baju Kedah, kurung moden, kaftan, kaftan abaya, blous, juga padanan skrit labuh bertingkat dan pario sutera.

“Selain banyak pilihan rona menarik, segar dan moden. Koleksi ini hadir dengan pilihan sepasang dan padanan bersama skrit labuh dan pario yang boleh dibeli secara berasingan atau bersekali. Pemilihan warna, rekaan dan corak disesuaikan untuk semua peringkat usia.”

WALAUPUN TAMPIL MODEN, NAMUN SENTIASA MENGEKALKAN KESANTUNAN WANITA MELAYU DI HARI RAYA INI.

Baca: Gaya Biru Yang Memukau & Tersendiri

REKAAN MODEN KONTEMPORARI MENJADI PILIHAN AMIN.

Baca: Balenciaga Hello Kitty Beg Tangan Untuk Lelaki

Koleksi Syawal Amin Jauhary ini ditawarkan pada harga bermula RM199.90 RM249.90, RM299.90, RM399.90, RM499.90 dan RM 1499.90.

Semua himpunan istimewa ini boleh didapati di Parkson KLCC, Parkson Pavilion, Parkson One Utama dan Parkson Alamanda bermula Jun 2015.

Related posts
Gaya Hidup

Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry&#8216…
Read more
Gaya Hidup

Gaya Biru Yang Memukau & Tersendiri

Bosan menyarung busana warna natural? Jika ya, apa kata cuba pilihan persalinan biru. Pastinya gaya…
Read more
Gaya Hidup

Ketupat Daun Palas Resipi Mak

Masuk tahun ke-2 kita bakal berhari raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tidak dinafikan…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *